21st May, 2019
Perbahasan(Perjumpaan Ke-10 Sesi Petang)
Pada 16 April,perjumpaan ke-10 telah diadakan.Pada hari itu,perbahasan telah dilakukan.Cikgu telah meminta ahli-ahli persatuan menulis karangan jenis perbahasan.
Karangan Jenis Perbahasan
1. Karangan jenis ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat tentang sesuatu tajuk yang diberikan.
2. Perbahasan terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang bertentangan iaitu :
· pihak pencadang
· pihak pembangkang
3. Kedua-dua pihak ini mempunyai pendapat-pendapat yang tersendiri yang hendak dihujahkan.
4. Setelah menulis pendahuluan kemukakan hujah-hujah anda
5. Pastikan kamu telah mengenal pasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada mulanya dicatatkan secara ringkas.
– mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
a] kata – kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )
Setelah perbahasan tamat, ahli-ahli persatuan pun bersurai tepat pada pukul 12.50 petang.
” SEHATI SEJIWA “
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Melayu.
SMJK Perempuan Cina Pulau Pinang.
Posted at 8:02 pm | Comment (0)
21st May, 2019
Permainan Tradisional(Perjumpaan Ke-9 Sesi Petang)
Pada 9 April,Persatuan Bahasa Melayu sesi petang telah mengadakan perjumpaan yang ke-9.Pada hari itu,ahli-ahli persatuan telah melakukan permainan tradisional.Cikgu telah meminjam monopoli daripada sekolah kepada ahli-ahli persatuan.
Monopoli adalah salah satu permainan papan yang paling terkenal di dunia. Tujuan permainan ini adalah untuk menguasai semua petak di atas papan melalui pembelian, penyewaan dan pertukaran properti dalam sistem ekonomi yang disederhanakan.
Cara-cara Bermain Monopoli
1. Peralatan
Siapkan kertas permainan monopoly, kartu hak tanah,kartu dana umum & kesempatan,uang uangan,rumah2 & hotel2, 2 buah dadu ,serta karakter yg mewakili pemain.kalosaya beli aja di toko , tapi kalo sobat ingin membuat juga tdk masalah .kalo ingin tau caranya tunggu postingan saya selanjutnya.
2. Permulaan
Pemain mula2 membuang dadu,eh melempar maksudnye..hehe. urutkan dari yang terbanyak
3. Maju dari start
Pemain maju dari start ke petak2 mana sesuai jumlah angka dadu yang dilemparkan.
4. Berhenti di petak tanah belum dimiliki
Bila salah seorang pemain berhenti di petak tanah yang belum dimiliki orang lain, pemain tersebut berhak membeli tanah tersebut sesuai harga yang tertera di petak trsbt.
5. Berhenti di petak tanah yg dimiliki orang
Bila salah seorang pemain berhenti di petak tanah yang sudah dimiliki orang lain, pemain tersebut harus membayar harga sewa petak tanah tadi sesuai harga yg ada di kartu hak milik tanah trsbt.
6. Rumah rumah
Bila pemain ingin membeli rumah, maka ia harus memiliki sekomplek tanah ( lihat huruf abjad ). Sebaiknya, rumah2 dibangun rata di setiap petak tanah.
7. Hotel hotel
Bila pemain ingin membeli hotel, ia harus mempunyai 4 rumah dalam 1 petak tanah.tipsnya hotel dibangun rata di suatu komplek agar kalo ada yg berhenti di situ orang akan membayar 2x lipat.
8. Masuk penjara
Pemain harus masuk penjara jika :
– berhenti di petak penjara.
– angka lemparan dadu sama sebanyak 3 kali.
– mendapat perintah masuk penjara dari kartu dana umum atau kesempatan.
9. Bebas dari penjara
Pemain dapat bebas/keluar dari penjara jika :
– membeli/mendapat kartu bebas penjara dari kartu dana umum atau kesempatan.
– angka lemparan dadu bernilai sama
– membayar uang kepada bank.kalo di saya bayarnya $300.000.tapi kalo di sobat beda juga nggak masalah.
10. Kartu kesempatan dan dana umum.
kartu kesempatan dan dana umum umumnya ada 18 lembar.kartu ini berisi masuk penjara, bebas dari penjara, dapat hadiah, bayar pajak atau sebgainya.
Selepas itu, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Melayu.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.
Posted at 7:53 pm | Comment (0)
21st May, 2019
Tayangan Video B.M.(Perjumpaan Ke-8 Sesi Petang)
Pada 2 April ,Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan perjumpaan ke-8 di Bilik B8. Aktiviti dijalankan pada hari ini adalah menonton tayangan video.Ini adalah untuk menambahkan perkataan Bahasa Melayu.
Cikgu telah mencari video dan mempamerkan kepada kita pada mesin projektor.Ahli-ahli menumpukan sepenuh perhatian untuk melihat tayangan video itu.Selepas video tamat,cikgu menanya kita tentang tayangan video ini. Seterusnya, cikgu juga membincangkan maksud dan penggunaannya dengan teliti kepada ahli persatuan.
Selepas persoalan tayangan video tamat, para ahli pun bersurai tepat pada pukul 12.50 petang.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 7:33 pm | Comment (0)