12th February, 2020
Latihan Tatabahasa(Perjumpaan Ke-5 Sesi Pagi)
Pada 11 Februari 2019,Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan ke-5.Pada hari ini,persatuan B.M. telah membuat latihan tatabahasa.
Guru penasihat telah memberikan seseorang latihan tatabahasa.Guru penasihat mengatakan bahawa ahli-ahli persatuan perlu membuat semua latihan tatabahasa dalam masa yang ditetapkan.Latihan tatabahasa termasuklah ayat pasif,ayat aktif dan bina ayat.Selepas guru penasihat memberi taklimat yang ringkas ahli-ahli persatuan berjawab dengan keadaan yang sunyi.Seterusnya guru penasihat pun memberi jawapan untuk semakkan.
Dalam masa itu,ahli-ahli persatuan telah menambah ilmu pengetahuan.Masa hampir tamat,guru penasihat mengucapkan terima kasih atas kerjasama ahli-ahli.Pada tepat 4.15 petang,ahli-ahli pun bersurai.
SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Melayu
Posted at 5:21 pm | Comment (0)
5th February, 2020
Permainan Sahibba(Perjumpaan Ke-4 Sesi Pagi)
Pada 4 Februari, Persatuan Bahasa Melayu telah menganjurkan perjumpaan ke-4.Aktiviti yang diadakan ialah Permainan Sahibba.
SAHIBBA ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang. Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan dalam kedudukan yang menguntungkan. Objektif permainan adalah untuk mendapat markah tertinggi.SAHIBBA yang menyertai pertandingan ini dimainkan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu.
Cara bermain iaitu:
- Pemain pertama membentuk sepatah perkataan, melintang atau menegak, di atas papan dan satu daripada hurufnya harus berada di petak empat segi di tengah papan permainan. Jubin ini dikenal sebagai Jubin atas Papan. (Contoh 1a)
- Pemain kedua dan pemain seterusnya akan mengikut giliran masing-masing sambil meletakkan satu jubin atau sebaris jubin, melintang atau menegak di atas papan sekali sahaja (disebut ‘MAINAN’). Perkataan disusun secara pepenjuru tidak dibenarkan. (Contoh 1b – 1d)
- Setiap perkataan harus dibaca dari kiri ke kanan atau dari atas ke bawah.
- Masa untuk membina kata dan meletakkan jubin mengikut kategori permainan adalah seperti yang berikut:
- a)Sekolah menengah : 20 saat
- b)Sekolah rendah : 30 saat
- Masa membina kata dan meletakkan jubin akan dikira sebaik-baik sahaja hakim selesai mengira markah.
- Selepas setiap ‘MAINAN’, setiap pemain menamatkan gilirannya dan hakim mengumumkan markah pemain tersebut. Pemain akan mencatatkan markahnya dalam Kertas Markah. Selepas itu, pemain akan mencabut jubin-jubin baharu untuk mencukupkan 8 ubin di raknya.
Tujuan bermain sahibba dapat menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar dalam membina kosa kata dalam Bahasa Melayu.Seterusnya meningkatkan penguasaan dan pengembangan bahasa melayu dalam kalangan pelajar.Bermain permainan sahibba juga boleh melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa Melayu.
Semua ahli-ahli persatuan bermain dengan gembira.Namun masa sudah tiba,pengerusi mengumpul dan memulang balik kepada perpustakaan.Tepat 4.15 petang,ahli-ahi pun bersurai.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Melayu.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.
Posted at 10:04 pm | Comment (0)
5th February, 2020
Nyanian Lagu Melayu(Perjumpaan Ke-3 Sesi Pagi)
Pada 14 Januari 2019,Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan ke-2.Pada hari ini,persatuan B.M. telah mengadakan nyanian lagu Melayu.
Guru penasihat telah meminta ahli-ahli persatuan mencari lagu Melayu dan membawa ke sekolah.Semua ahli berada dalam beberapa kumpulan dan mempamerkan lagu Melayu.Ahli-ahli mengikut lagu menyanyi dengan suara yang merdu.Selain itu,guru penasihat juga memberikan kita mendengar lagu-lagu kaitan cinta akan negara.Hal ini adalah untuk menunjukkan kegemilangan negara kita dan semangat cinta akan negara.
Selepas mendengar lagu=lagu Melayu,masa telah hampir tamat.Guru penasihat mengucapkan terima kasih atas kerjasama ahli-ahli persatuan.Pada pukul 4.15pm,ahli-ahli persatuan pun bersurai.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 9:47 pm | Comment (0)