8th March, 2014

potluck (SESI PAGI)

 

 

Perjumpaan  kali keempat telah diadakan pada 11/2/14.pada perjumpaan kali ini kami telah malakukan aktiviti potluck. ahli-ahli telah membawa makanan yang sedap belaka seperti cheese cake, 100 plus, kacang , makanan ringan dan biskut untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan guru. Melalui aktiviti seperti ini hubungan silaturahim warga sekolah dapat dieratkan. aktiviti potluck telah memberi peluang kepada  ahli untuk saling berkenalan dan membina hubungan yang mesra untuk memastikan aktiviti seterusnya dapat dijalan dengan lancar. Selepas itu, ahli telah bekerjasama membersihkan kawasan kantin .Nilai perpaduan dapat dipupuk secara tidak langsung.

 

 

 

Posted at 11:41 am | Comment (0)

11th July, 2013

2/5 potluck

Persatuan Bahasa Melayu sesi petang telah mengadakan aktiviti potluck pada tarikh 2/5/2013 (Selasa) di kantin sekolah.Setiap ahli telah membawa makanan dan minuman ke sekolah masing-masing.Seterusnya,kami menikmati makanan yang dibawa oleh ahli bersama dengan guru penasihat.Selepas menjamu makanan,kami mencuci bekas makanan yang kotor di kantin.

Kami sedang menikmati makanan yang dibawa oleh ahli-ahli.

Kami sedang berbual-bual sambil menjamu makanan.

Kami sedang mencuci bekas makanan yang kotor.

 

Posted at 10:17 pm | Comment (0)

19th February, 2013

Potluck

Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan aktiviti potluck pada tarikh 22/1/2013 di kantin sekolah. Setiap ahli telah membawa makanan dan minuman masing-masing untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Kami menikmati makanan yang disediakan oleh setiap ahli dan guru penasihat. Makanan yang tidak dihabiskan telah dibawa ke rumah oleh pelajar tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Kami telah minghidangkan makanan yang telah disediakan oleh setiap ahli dan menunggu ketibaaan guru penasihat.

 

Kami sedang menikmati makanan dan minuman yang telah disediakan.

Posted at 8:36 pm | Comment (0)