28th March, 2019

Gotong-royong(Perjumpaan Ke-4 Sesi Petang)

  Pada hari Selesa,iaitu 19 Februari,persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan aktiviti gotong-royong di Bilik B8.Pengerusi telah memberikan penerangan yang ringkas tentang aktivitti gotong-royong yang akan dijalankan.

  Pengerusi yang berkepimpinan membahagikan tugas dengan adil.Setiap ahli diminta untuk melakukan tugas masing-masing seperti  menyapu lantai,mengemas kerusi dan meja,membersihkan papan hitam dan sebagainya.Semua ahli persatuan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membersihkan kelas mereka.

  Sehubungan dengan itu,aktiviti gotong-royong tersebut telah dijayakan dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli persatuan.

 

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu

SMJK Perempuan China Pulau PInang

 

Posted at 4:28 pm | Comment (0)

8th January, 2019

AGM Tahun 2019 [Perjumpaan Ke-1 Sesi Pagi]

Persatuan Bahasa Melayu sesi pagi telah mengadakan perjumpaan yang pertama pada hari Selesa, 8 Januari 2019. Pada tahun ini, guru penasihat sesi pagi Persatuan Bahasa Melayu merupakan Puan Eng Fang Fang.Untuk memastikan mesyuarat-mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu dapat dijalankan dengan lancar,pemilihan ahli-ahli-ahli jawatankuasa yang baharu telah diadakan.Jumlah ahli pada tahun ini adalah sebanyak 13 orang.

Yang berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa sesi pagi:

Pengerusi :Wong Yi Ling (S5J)

Setiausaha : Tan Hui Hui (S5C)

Bendahari :Cheng Ru Wen (S5A)

 

Selanjutnya, perbincangan tentang rancangan tahunan dan gotong-royong diadakan. Ahli-ahli  telah bekerjasama membersihkan bilik B8 ,yakni tempat perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu . Selain itu, kami telah membuat latihan tatabahasa di bawah bimbingan guru penasihat.

Selepas itu,  kami bersurai pada pukul 3.00 pm.

‘SEHATI SEJIWA’

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Posted at 7:15 pm | Comment (0)

21st February, 2018

Gotong-royong Tahun 2018 (Perjumpaan Ke-2 Sesi Petang)

Pada 23 Jan 2018, iaitu hari Selesa, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan kali kedua.Pengerusi telah memberi penerang secara ringkas tentang aktiviti yang dijalankan iaitu gotong-royong.

Pengerusi yang berkempimpinan membahagikan tugas dengan adil.Setiap ahli diminta untuk melakukan kerja pembersihan masing-masing seperti menyapu lantai,mengelap papan hitam dan mengemop lantai.Semua ahli persatuan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyempurnakan tugas yang dimantahkan oleh pengerusi.

Kami juga menghiaskan papan kenyataan.Papan kenyataan yang dihiaskan dengan cantik itu telah mendapat pujian daripada guru.

Sehubungan dengan itu, aktiviti gotong-royong tersebut telah dijayakan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua anggota persatuan.

 

‘SEHATI SEJIWA’

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Malaysia.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Posted at 9:58 pm | Comment (0)

15th July, 2017

Gotong-Royong Kali Kedua 2017 [Perjumpaan Ke-10 Sesi Petang]

Pada 15 Julai 2017,pada hari Sabtu, iaitu kali perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu yang kesepuluh, persatuan kami telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Persatuan Bahasa Melayu sesi pagi dan sesi petang telah saling bekerjasama untuk membersihkan bilik aktiviti sekolah.

Tujuan penganjuran aktiviti gotong-royong:

Seorang murid sedang membersihkan sawang labah-labah yang terdapat pada dinding.

Seorang murid sedang mengelap meja-meja yang berhabuk.

Seorang murid sedang membersihkan lantai.

 

Aktiviti gotong-royong tersebut telah disertai oleh semua anggota persatuan BM. Ahli-ahli persatuan telah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk membersihkan kawasan persekitaran. Sehubungan dengan itu, aktiviti gotong-royong tersebut telah dijayakan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua anggota persatuan.

Sekian sahaja buat kali ini.

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 2:09 pm | Comment (1)

23rd February, 2017

Gotong-Royong 2017 [Perjumpaan Ke-4 Sesi Petang]

Pada 21 Februari 2017, iaitu kali perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu yang keempat, persatuan kami telah mengadakan aktiviti gotong-royong.

Tujuan penganjuran aktiviti gotong-royong:

Aktiviti gotong-royong tersebut telah disertai oleh semua anggota persatuan BM. Ahli-ahli persatuan telah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk membersihkan kawasan persekitaran. Sehubungan dengan itu, aktiviti gotong-royong tersebut telah dijayakan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua anggota persatuan.

Sekian sahaja buat kali ini.

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 11:42 pm | Comment (0)

29th March, 2016

Gotong-royong 2016 (Sesi Petang)

Pada 23 Februari yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu sesi petang talah mengadakan aktiviti gotong-royong. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kelas di samping dapat mewujudkan suasana yang kondusif untuk para pelajar yang menggunakan bilik darjah tersebut. Aktiviti ini disertai oleh semua ahli persatuan. Pada hari tersebut, pengerusi telah membahagikan tugas kepada ahli persatuan. Semua orang berganding bahu untuk menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Di bawah saya sertakan beberapa keping gambar yang diambil sepanjang aktiviti ini diadakan.

j28
Beberapa orang pelajar ditugaskan untuk menyapu lantai.

j30
Sesetengah murid pula mengelap meja yang terdapat di bilik darjah tersebut.

j35
Seorang murid yang baik hati menolong guru penasihat untuk menghiaskan papan kenyataan Persatuan BM yang terdapat dalam bilik darjah tersebut.

j47
Dua orang murid sedang membersihkan papan hitam menggunakan kain buruk yang telah dibasahkan.

Sekian, terima kasih.

Posted at 10:54 pm | Comment (0)

6th April, 2015

Gotong-royong [sesi pagi]

Pada 27 Januari 2015,Persatuan Bahasa Melayu sesi pagi  telah mengadakan gotong-royong bersama-sama.Aktiviti ini telah disertai oleh semua ahli persatuan.Pada hari tersebut,pengerusi telah membahagikan kerja membersih bilik b8 kepada semua ahli dengan teratur.Semua ahli telah berganding bahu  membersihkan bilik tersebut.Ada sebahagian daripada ahli  menolong mengelap meja,papan putih dan sebagainya supaya bilik ini menjadi bersih dan kemas.Justeru,pelajar atau guru yang menggunakan bilik tersebut akan berasa gembira dan dapat menjalankan pelajaran dan pembelajaran dengan baik.

 

Ahli-ahli berganding bahu untuk membersihkan bilik tersebut.

Ahli-ahli berganding bahu untuk membersihkan bilik tersebut.

Ahli tersebut sedang mengelap meja guru dan menyusun semula semua fail supaya

Ahli tersebut sedang mengelap meja guru dan menyusun semula semua fail-fail tersebut dengan teratur.

IMG_0689

Sebahagian ahli sedang menyusun buku-buku ke dalam almari manakala ada sebahagian daripada mereka sedang membersihkan papan hijau.

Sebahagian ahli sedang menyusun buku-buku ke dalam almari manakala ada sebahagian daripada mereka sedang membersihkan papan hijau.

IMG_0687

Saudari Dayana dan ahli kumpulannya telah menjalankan tugas mengelap meja dengan bersungguh-sungguh,Selain itu,ahli yang lain juga sedang menyapukan lantai supaya kelihatan lebih bersih.

Gotong-royong pada hari tersebut telah berjalan dengan lancar.Guru penasihat telah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua ahli.Syabas juga diucapkan kepada semua ahli.Kerjasama semua amat kami hargai.Terima kasih sekali lagi.

Posted at 9:03 pm | Comments (2)

30th January, 2015

Gotong-Royong ( Sesi Petang)

Pada 27 Januari (Selasa), Persatuan BM sesi petang mengadakan aktiviti gotong-royong di dalam bilik B8. Selepas semua ahli tiba, semua ahli pun mula membahagikan kerja. Sesetengah murid menyapu lantai, ada yang mengelap kerusi dan meja dan ada juga yang menghias papan kenyataan. Aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar dan semua ahli memberi komitmen yang tinggi. Guru Penasihat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah membantu. Sesungguhnya “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.  Berikut merupakan gambar yang diambil sewaktu aktiviti tersebut dijalankan.

IMG-20150128-WA0022IMG-20150128-WA0009IMG-20150128-WA0016

 

IMG-20150128-WA0017IMG-20150128-WA0036

 

 

IMG-20150128-WA0014IMG-20150128-WA0006

 

 

Posted at 10:46 am | Comment (0)

22nd January, 2014

21/1/2014 Gotong-royong ( sesi pagi)

Pada hari ini,kami telah menjalankan gotong-royong di kelas B8. Tujuan gotong-royong ini ialah supaya kami dapat menjalankan aktiviti dalam keadaan yang selesa dan bersih.Guru penasihat telah membahagikan tugas ahli-ahli kepada lima:

1. Menyapu lantai kelas B8 dan lorong kelas.

2. Mengelap meja-meja.

3. Membersihkan papan hitam dan papan putih.

4. Mengelap komputer.

5. Menghiaskan papan kenyataan yang terdapat di dalam kelas B8.

Kami menggembleng tenaga untuk membersihkan kelas B8 dalam tempoh yang ditetapkan.

Berikut ialah beberapa gambar yang diambil semasa kerja pembersihan diadakan:

Posted at 10:46 pm | Comment (0)

22nd January, 2013

Pembersihan Kelas Bilik B8

Untuk memastikan perjumpaan kita dapat dijalankan dalam keadaan yang lebih selesa, guru penasihat telah mengarah ahli-ahli persatuan BM untuk membersihankan bilik B8. Ahli-ahli telah mendengar arahan ketua kebersihan semasa aktiviti pembersihan kelas diadakan. Sebahagian ahli bertanggungjawab menyapu lantai yang kotor itu. Malah, beberapa orang ahli pula menyapu lorong di tepi kelas. Selepas pembersihan, kami menghiaskan papan kenyataan dalam kelas itu.

Ahli-ahli telah menyapu lantai dalam kelas bilik B8 supaya kelihatan lebih ceria.

Beberapa ahli telah menyapu lorong yang ditaburi oleh dedaun.

Posted at 8:54 pm | Comment (0)