15th July, 2017

Gotong-Royong Kali Kedua 2017 [Perjumpaan Ke-10 Sesi Petang]

Pada 15 Julai 2017,pada hari Sabtu, iaitu kali perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu yang kesepuluh, persatuan kami telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Persatuan Bahasa Melayu sesi pagi dan sesi petang telah saling bekerjasama untuk membersihkan bilik aktiviti sekolah.

Tujuan penganjuran aktiviti gotong-royong:

Seorang murid sedang membersihkan sawang labah-labah yang terdapat pada dinding.

Seorang murid sedang mengelap meja-meja yang berhabuk.

Seorang murid sedang membersihkan lantai.

 

Aktiviti gotong-royong tersebut telah disertai oleh semua anggota persatuan BM. Ahli-ahli persatuan telah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk membersihkan kawasan persekitaran. Sehubungan dengan itu, aktiviti gotong-royong tersebut telah dijayakan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua anggota persatuan.

Sekian sahaja buat kali ini.

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 2:09 pm | Comment (1)


1 Comment

  1. On August 13, 2017 at 6:02 PM persbm.ppc@smjk.edu.my said:

    August 13, 2017 at 6:02 PM

    Walaupun letih, tetapi saya berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan untuk membersihkan bilik tersebut supaya kami dapat belajar dalam suasana yang bersih dan ceria.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.