5th February, 2020

Permainan Sahibba(Perjumpaan Ke-4 Sesi Pagi)

Pada 4 Februari, Persatuan Bahasa Melayu telah menganjurkan perjumpaan ke-4.Aktiviti yang diadakan ialah Permainan Sahibba.

  SAHIBBA ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang. Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan dalam kedudukan yang menguntungkan. Objektif permainan adalah untuk mendapat markah tertinggi.SAHIBBA yang menyertai  pertandingan ini dimainkan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu.

Cara bermain iaitu:

  1. Pemain pertama membentuk sepatah perkataan, melintang atau menegak, di atas papan dan satu daripada hurufnya harus berada di petak empat segi di tengah papan permainan. Jubin ini dikenal sebagai Jubin atas Papan. (Contoh 1a)
  2. Pemain kedua dan pemain seterusnya akan mengikut giliran masing-masing sambil meletakkan satu jubin atau sebaris jubin, melintang atau menegak di atas papan sekali sahaja (disebut ‘MAINAN’). Perkataan disusun secara pepenjuru tidak dibenarkan. (Contoh 1b – 1d)
  1.  Masa untuk membina kata dan meletakkan jubin mengikut kategori permainan adalah seperti yang berikut:
  2. a)Sekolah menengah  :     20 saat
  3. b)Sekolah rendah       :     30 saat
  4. Masa membina kata dan meletakkan jubin akan dikira sebaik-baik sahaja hakim selesai mengira markah.
  5. Selepas setiap ‘MAINAN’, setiap pemain menamatkan gilirannya dan hakim mengumumkan markah pemain tersebut. Pemain akan mencatatkan markahnya dalam Kertas Markah. Selepas itu, pemain akan mencabut jubin-jubin baharu untuk mencukupkan 8 ubin di raknya.

  Tujuan bermain sahibba dapat menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar dalam membina kosa kata dalam Bahasa Melayu.Seterusnya meningkatkan penguasaan dan pengembangan bahasa melayu dalam kalangan pelajar.Bermain permainan sahibba juga boleh melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa Melayu.  

  Semua ahli-ahli persatuan bermain dengan gembira.Namun masa sudah tiba,pengerusi mengumpul dan memulang balik kepada perpustakaan.Tepat 4.15 petang,ahli-ahi pun bersurai.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Posted at 10:04 pm | Comment (0)

28th March, 2019

Permainan Sahibbah(Perjumpaan Ke-5 Sesi Petang)

Pada 26 Februari,Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan ke-4.Aktiviti hari ini adalah permainan sahibbah.Pengerusi telah membahagikan ahli-ahli persatuan kepada 2 kumpulan.Satu kumpulan mempunyai 4 orang manakala satu kumpulan lain mempunyai 2 orang.

Tujuan bermain permainan sahibbah:

Selepas itu,ahli-ahli persatuan pun mengemas dan meletakkan permainan sahibbah ke tempat masing-masing.Tepat 12.50p.m,ahli-ahli pun bersurai.

 

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 4:49 pm | Comment (0)

5th July, 2017

Pertandingan Sahibba[Perjumpaan Ke-8 Sesi Pagi]

Pada 18 April,hari Selasa,Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan perjumpaan kali kelapan di Bilik B8.Aktiviti yang dijalankan pada hari itu adalah pertandingan sahibba.

Para peserta berkumpul di Bilik B8 sebelum pertandingan bermula.Pengerusi menerangkan peraturan-peraturan tentang pertandingan sahibba.Selepas itu,pertandingan dijalankan.Sebahagian ahli Persatauan BM telah menjadi pengadil untuk mengira markah.Selepas pertandingan,keputusan telah disenaraikan kepada guru penasihat.

Selepas itu,pengerusi telah mengumumkan keputusan kepada para peserta.Setelah Bilik B8 dikemaskan,semua ahli  telah bersurai.

‘SEHATI SEJIWA’

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 5:28 pm | Comment (0)

16th February, 2017

Permainan Sahibba [Perjumpaan Ke-3 Sesi Petang]

Hari ini, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan kali ketiga pada hari Selasa, 14 Februari 2017.Aktiviti yang dijalankan hari ini ialah permainan Sahibba.

Sila membenarkan saya menjelaskan apakah itu Sahibba?
– SAHIBBA ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang.
– Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan dalam kedudukan yang menguntungkan.
– Objektif permainan adalah untuk mendapat markah tertinggi.

Permainan Sahibba ini memeang menerima sambutan yang hangat daripada murid-murid memandangkan ahli-ahli persatuan kami bermain dengan seronok.Permainan ini bukan sahaja dapat meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu dalam kalangan pelajar , bahkan juga dapat meningkatkan penguasaan dan pengembangan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

Ahli-ahli Persatuan BM sedang bermain permainan Sahibba.

Jubin Huruf sedang diaturkan untuk dijadikan sepatah perkataan.

 

Sekian sahaja buat kali ini.

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 12:45 am | Comment (0)

17th April, 2015

Pertandingan Sahibba Tingkatan 3 (Peringkat Sekolah)

Pada hari Selasa yang lalu,Panitia Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang telah menganjurkan Pertandingan Sahibba Peringkat Sekolah untuk pelajar Tingkatan 3.Pertandingan ini telah dibantu oleh ahli-ahli Persatuan Bahasa Malaysia kami untuk menjayakannya.Pertandingan ini telah menerima banyak sambutan daripada para peserta.

Berikut adalah sedikit gambar semasa pertandingan dijalankan:

Peserta sedang bermain sahibah

Pelajar Tingkatan 5 menjadi hakim

Keadaan semasa pertandingan sahiba

(more…)

Posted at 8:34 pm | Comments (2)

3rd April, 2014

Perjumpaan kali ke-8 Permainan Sahibba(18/3/14)

Perjumpaan Persatuan Bahasa Malaysia telah diadakan pada 18/3/14 di bilik b8.Aktiviti yang dijalankan pada perjumpaan kali ini ialah permainan sahibba.Tujuan permainan sahibba adalah untuk mempertingkat kosa kata murid dalam Bahasa Malaysia sementara mengasah minda para ahli supaya mempunyai kemahiran berfikir asas yang tinggi.

Ahli-ahli Persatuan Bahasa Malaysia berkumpul di dalam kelas B8.Ahli-ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memulakan permainan sahibba.Setelah penerangan tentang peraturan dan cara-cara mengira markah,para ahli pun memulakan permainan sahibba.Aktiviti dijalankan dalam keadaan gembira dan riang.

 

Posted at 7:44 pm | Comment (0)

11th March, 2014

permainan sahibba(sesi pagi)

 

Sahibba ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris).

Kepingnya berbentuk bujur sangkar yang bertuliskan satu huruf pada mukanya. Setiap pemain mengambil sebanyak tujuh buah keping huruf dari kantung, lalu cuba membentuk perkataan secara mendatar atau menurun seperti teka silang kata. Perkataan yang dibentuk harus terdapat dalam kamus am yang berpadan dengan bahasa yang dimainkan. Pemain yang mengumpul jumlah mata tertinggi dijadikan pemenang.

 

Ahli-ahli mendengar penerangan ringkas pengerusi dan mengemukakan soalan.

 

 

Pengerusi memberi penerangan tentang peraturan sahibba kepada ahli-ahli.

 

Ahli-ahli bermain sahibba dengan  menumpukan sepenuh perhatian.

 

Ahli-ahli bermain sahibba dengan riang dan gembira.

 

Aktiviti permainan sahibba telah diadakan pada 25/2/14.Inisiatif untuk menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai sesuatu yang menarik boleh dipelbagaikan. Aktiviti permainan bahasa seperti Sahibba berupaya merangsang dan mengekalkan minat agar murid-murid suka akan mata pelajaran Bahasa Melayu secara berterusan. Kegiatan berpersatuan sebenarnya merupakan aktiviti serampang dua mata  agar selari dengan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sahibba dapat menambah kosa kata ahili-ahli dan menggalakan mereka mengguna kosa kata bm dengan tepat dan betul.

 

 

 

 

 

 

Posted at 6:48 pm | Comments Off on permainan sahibba(sesi pagi)

17th February, 2014

Permainan Sahibba

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Persatuan Bahasa Melayu sesi petang telah mengadakan perjumpaan kedua pada 28 Januari 2014. dalam perjumpaan kedua, aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti bermain permainan Sahibba.

Permainan Sahibba ialah sejenis permainan membentuk atau membina perkataan berdasarkan uruf-huruf yang terdapat pada jubin. Sebelum ahli-ahli bermain permainan ini, pengerusi telah menerangkan peraturan permainan dan cara pengiraan markah kepada semua ahli. Berikut ialah gambar-gambar yang diambil sewaktu aktiviti dijalankan.

yyryyyyyyyyyy

Posted at 9:09 pm | Comment (0)

12th March, 2013

Pertandingan Sahibba

Pada 12/3/2013, pertandingan Sahibba anjuran Persatuan Bahasa Melayu (BM) telah diadakan di bilik B8 pada 1.35 petang. Pertandingan tersebut berlangsung selama dua hari. Seramai 56 orang peserta menyertai pertandingan tersebut. Para peserta telah dibahagikan kepada 14 kumpulan iaitu 4 orang dalam setiap kumpulan. Sebelum pertandingan dimulakan, pengerusi persatuan, saudari Zoey Wong menerangkan peraturan pertandingan kepada peserta. Semua peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Pada akhir pertandingan hari pertama, 9 orang peserta telah melayakkan diri ke pertandingan akhir yang diadakan pada 19/3/2012. Tempat pertama telah dimenangi oleh Khoo Pei Jing, K3A, tempat kedua ialah Ng Wei Vern, K3E dan tempat ketiga ialah Aishah Bt. Norzali, K3B. Semoga sambutan daripada murid-murid akan lebih memberangsangkan pada tahun akan datang.

Posted at 4:20 pm | Comment (0)

29th January, 2013

Permainan Sahibba

Semua ahli telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bermain sahibba. Terdapat empat orang ahli dalam satu kumpulan. Kami munumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa bermain permainan sahibba. Sebelum itu, pengerusi telah memberitahu kami tentang cara bermain sahibba dan cara mengira markah. Permainan tersebut telah dijalankan dengan lancar sekali.

Ahli-ahli sedang bermain sahibba dengan seronok sekali.

Posted at 9:17 pm | Comment (0)