5th February, 2020
Permainan Sahibba(Perjumpaan Ke-4 Sesi Pagi)
Pada 4 Februari, Persatuan Bahasa Melayu telah menganjurkan perjumpaan ke-4.Aktiviti yang diadakan ialah Permainan Sahibba.
SAHIBBA ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang. Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan dalam kedudukan yang menguntungkan. Objektif permainan adalah untuk mendapat markah tertinggi.SAHIBBA yang menyertai pertandingan ini dimainkan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu.
Cara bermain iaitu:
- Pemain pertama membentuk sepatah perkataan, melintang atau menegak, di atas papan dan satu daripada hurufnya harus berada di petak empat segi di tengah papan permainan. Jubin ini dikenal sebagai Jubin atas Papan. (Contoh 1a)
- Pemain kedua dan pemain seterusnya akan mengikut giliran masing-masing sambil meletakkan satu jubin atau sebaris jubin, melintang atau menegak di atas papan sekali sahaja (disebut ‘MAINAN’). Perkataan disusun secara pepenjuru tidak dibenarkan. (Contoh 1b – 1d)
- Setiap perkataan harus dibaca dari kiri ke kanan atau dari atas ke bawah.
- Masa untuk membina kata dan meletakkan jubin mengikut kategori permainan adalah seperti yang berikut:
- a)Sekolah menengah : 20 saat
- b)Sekolah rendah : 30 saat
- Masa membina kata dan meletakkan jubin akan dikira sebaik-baik sahaja hakim selesai mengira markah.
- Selepas setiap ‘MAINAN’, setiap pemain menamatkan gilirannya dan hakim mengumumkan markah pemain tersebut. Pemain akan mencatatkan markahnya dalam Kertas Markah. Selepas itu, pemain akan mencabut jubin-jubin baharu untuk mencukupkan 8 ubin di raknya.
Tujuan bermain sahibba dapat menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar dalam membina kosa kata dalam Bahasa Melayu.Seterusnya meningkatkan penguasaan dan pengembangan bahasa melayu dalam kalangan pelajar.Bermain permainan sahibba juga boleh melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa Melayu.
Semua ahli-ahli persatuan bermain dengan gembira.Namun masa sudah tiba,pengerusi mengumpul dan memulang balik kepada perpustakaan.Tepat 4.15 petang,ahli-ahi pun bersurai.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Melayu.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.
Posted at 10:04 pm | Comment (0)
Add a Comment
You must bee logged in to post a comment.