15th March, 2018

Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu [Perjumpaan Ke-5 Sesi Pagi]

Pada 13 Mac 2018, pada hari Selasa, persatuan kami telah mengadakan kali perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu yang kelima.  Aktiviti-aktiviti yang dijalankan kali ini ialah Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu. Pertandingan tersebut bukan sahaja melibatkan ahli persatuan kami malah merangkumi pelajar-pelajar tingkatan 5 yang lain.Pelajar diuji dari aspek intelek , iaitu kemahiran berfikiran aras tinggi.

Soalan Kuiz Bahasa Melayu merangkumi:

Tujuan Pertandingan kuiz ini dijalankan :

Pertandingan kali ini telah banyak memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar yang telah melibatkan diri. Kemudian, kami telah bersurai pada pukul 3.00pm.

 

‘BAHASA JIWA BANGSA’

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

 

 

Posted at 6:13 pm | Comment (0)

11th March, 2014

pertandingan kuiz bahasa(sesi pagi)

 

Aktiviti kuiz bahasa diadakan pada 11/3/14.Ahli-ahli telah dibahagi kepada beberapa kumpulan.Kertas soalan kuiz tatabahasa telah diedarkan kepada ahli-ahli.Antara soalan merangkumi silang kata, teka-teki,peribahasa dan sebagainya. Pelajar diuji dari aspek intelek , iaitu kemahiran berfikiran aras tinggi.. Pertandingan kuiz ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat dalam pemahaman Bahasa Melayu . Di samping itu, pertandingan ini bertujuan untuk  melatih serta mendidik pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

 

Ahli-ahli menumpukan perhatian untuk membuat kuiz.

Semua ahli terlibat dalam kuiz bahasa secara kumpulan.

 

Ahli-ahli berusaha untuk memikir jawapan yang paling tepat.

 

 

Kumpulan Ooi Mei Mei muncul sebagai pemenang.

 

 

 

 

Posted at 8:06 pm | Comment (0)

16th April, 2013

Pertandingan kuiz tatabahasa

Pertandingan kuiz Bahasa Melayu telah diadakan pada 16/04/2013. Sebanyak 25 orang ahli persatuan telah mengambil bahagian dalam kuiz ini. Tujuan pertandingan tersebut adalah untuk menguji kemahiran bahasa dan meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan ahli persatuan. Saudari Lee Jia Xian telah mendapat markah yang tertinggi dalam pertandingan tersebut.

Posted at 4:21 pm | Comment (0)