22nd March, 2021

 

PERSATUAN BAHASA MALAYSIA

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

Laporan Bergambar Mesyuarat 03 Tahun 2021

Tarikh: 16 Mac 2021

Masa: 10.40 pagi – 12.40 tengah hari

Tempat:  Pautan Google Meet

Perkara:. Mesyuarat Biasa

 

Ahli-ahli Persatuan BM menyertai mesyuarat atas talian di Google Meet dengan aktif.

Karangan yang baik dipertunjuk oleh guru penasihat supaya ahli-ahli dapat menguasai teknik menulis karangan dengan cemerlang.

Posted at 11:06 am | Comment (0)

15th March, 2020

Persembahan Buku Bahasa Melayu(Perjumpaan Ke-8 Sesi Pagi)

Pada  3 March 2020,Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan ke-8.Pada hari ini,persatuan B.M. telah mengadakan persembahan buku Bahasa Melayu.

  Ahli-ahli persatuan telah membawa kertas mereka untuk mempersembahkan buku mereka.Guru penasihat memanggil nama ahli-ahli persatuan untuk mempersembahkan buku mereka.Ahli-ahli persatuan telah mempersembahkan buku mereka dengan bunyi yang besar dan cerita yang teliti.Selain itu,ada beberapa buku mempunyai cerita yang menarik.

  Selepas semua ahli-ahli persatuan telah mempersembahkan.Guru penasihat mengatakan bahawa ahli-ahli persatuan melakukan kerja mereka dengan baik dan mengucapkan terima kasih.

  Pada pukul 4.15 petang, ahli-ahli persatuan pun bersurai.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Malaysia.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

 

Posted at 12:51 pm | Comment (0)

15th March, 2020

Membaca Buku Bahasa Melayu(Perjimpaan Ke-7 Sesi Pagi)

Pada 25 Februari 2020,Persatuan BM telah mengadakan perjumpaan ke-7 iaitu pada hari Selasa.Pada hari ini,persatuan BM telah mengadakan aktiviti membaca buku Bahasa Melayu.

  Guru penasihat telah memberi taklimat yang kecil bahawa beliau akan membawa ahli-ahli kumpulan ke perpustakaan untuk membaca buku Bahasa Melayu.Beliau juga menasihati bahawa tidak berbuat bising di perpustakaan.Selepas itu,ahli-ahli persatuan pun mengikut guru penasihat ke perpustakaan.

  Selepas tiba di perpustakaan,ahli-ahli persatuan pergi mencari buku Bahasa Melayu yang digemari.Guru penasihat memberitahu ahli-ahli persatuan bahawa hendak menulis tajuk,pengarang dan sinopsis buku mereka untuk menjadi penyampaian pada perjumpaan seterusnya.Ahli-ahli persatuan membaca buku dengan sunyi dan teliti.Mereka juga sambil menulis sinopsis sambil membaca buku.

  Tepat pada pukul 4.15 petang,masa sudah tiba.Guru penasihat mengatakan terima kasih dan menasihati kita jangan lupa membawa kertas pada perjumpaan seterusnya.Selepas itu,ahli-ahli persatuan pun bersurai.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Malaysia.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 12:36 pm | Comment (0)

15th March, 2020

Permainan Tradisional(Perjumpaan Ke-6 Sesi Pagi)

Pada 18 Februari,Persatuan BM telah mengadakan perjumpaan ke-6.Aktiviti yang diadakan pada hari itu ialah permainan tradisional.Antara permainan tradisional ialah congkak dan batu seremban.

  Congkak ialah sejenis permainan tradisional Hindu yang sering dimainkan oleh Burbank. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Cara bermain ialah:

  1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
  2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
  3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
  4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada di pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
  5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap ‘terbakar’. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

  Batu seremban pula juga ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia.Batu seremban  adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.[2]

Permainan batu seremban cuma memerlukan beberapa biji buah, guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan. Batu seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang.

Cara bermain ialah:

Buah Satu:

*Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu sama lain.

*Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.

*Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.

*Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua:

*Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.

*Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.

*Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:

*Buah tiga ada sedikit perbezaan.

*Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.

*Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:

*Buah ibu akan dilambungkan ke udara.

*Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:

*Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

*Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.

*Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:

*Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.

*Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.

*Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:

*Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.

*Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.

*Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.

*Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.

*Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.

*Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan:

*Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.

*Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.

*Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.

*Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus

Timbang:

*Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata.

*Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.

*Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.

*Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.

*Tangkap batu seremban yang ada di tangan

Batu yang dapat ditangkap = 1 mata

Batu yang dijatuhkan = 0 mata

Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

Tamat Permainan:

Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.

Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

Tujuan bermain permainan tradisional dapat menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar.Seterusnya mengisi masa lapang dengan bermain permainan tradisional selain melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu,permainan tradisional dapat memupuk nilai tradisi dalam kalangan generasi masa kini.

  Semua ahli-ahli persatuan bermain dengan gembira.Namun masa sudah tiba,pengerusi mengumpul dan memulang balik kepada perpustakaan.Tepat 4.15 petang,ahli-ahi pun bersurai.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Posted at 12:18 pm | Comment (0)

12th February, 2020

Latihan Tatabahasa(Perjumpaan Ke-5 Sesi Pagi)

Pada 11 Februari 2019,Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan ke-5.Pada hari ini,persatuan B.M. telah membuat latihan tatabahasa.

Guru penasihat telah memberikan seseorang latihan tatabahasa.Guru penasihat mengatakan bahawa ahli-ahli persatuan perlu membuat semua latihan tatabahasa dalam masa yang ditetapkan.Latihan tatabahasa termasuklah ayat pasif,ayat aktif dan bina ayat.Selepas guru penasihat memberi taklimat yang ringkas ahli-ahli persatuan berjawab dengan keadaan yang sunyi.Seterusnya guru penasihat pun memberi jawapan untuk semakkan.

Dalam masa itu,ahli-ahli persatuan telah menambah ilmu pengetahuan.Masa hampir tamat,guru penasihat mengucapkan terima kasih atas kerjasama ahli-ahli.Pada tepat 4.15 petang,ahli-ahli pun bersurai.

SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu

Posted at 5:21 pm | Comment (0)

19th January, 2020

Latihan Tatabahasa(Perjumpaan Ke-2 Sesi Pagi)

  Pada 14 Januari 2019,Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan ke-2.Pada hari ini,persatuan B.M. telah membuat latihan tatabahasa.

  Guru penasihat telah memberikan seseorang latihan tatabahasa.Guru penasihat mengatakan bahawa ahli-ahli persatuan perlu membuat semua latihan tatabahasa dalam masa yang ditetapkan.Selepas guru penasihat memberi taklimat yang ringkas ahli-ahli persatuan berjawab dengan keadaan yang sunyi.Seterusnya guru penasihat pun memberi jawapan untuk semakkan.

  Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan menguatkan peringatan tatabahasa supaya dapat bersedia menghadapi peperiksaan.Masa hampir tamat,guru penasihat mengucapkan terima kasih atas kerjasama ahli-ahli.Pada tepat 4.15 petang,ahli-ahli pun bersurai.

SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 6:17 pm | Comment (0)

26th June, 2019

Permainan Tatabahasa(Perjumpaan Ke-12 Sesi Petang)

Pada 25 Jun ,Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan perjumpaan ke-12 di Bilik B8. Aktiviti dijalankan pada hari ini adalah permainan tatabahasa.

  Guru penasihat,Pn Lim Geaik Lean menyalin satu perkataan iaitu “bertanggungjawab” di papan hitam.Beliau juga mengedarkan setiap ahli persatuan seorang sehelai kertas.Ahli-ahli diminta mencari perkataan yang baharu berdasarkan suku kata yang diberikan.Ahli-ahli menjawab soalan dan akhirnya Lim Min Jun menjadi pemenang.Ahli-ahli lain memberikan tepukan gemuruh.

  Selepas itu, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 12.50p.m.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

 

Posted at 11:08 pm | Comment (0)

26th June, 2019

Persediaan Farewell (Perjumpaan Sesi Ke-11 Sesi Petang)

  Pada 18 Jun 2019,Persatuan Bahasa Melayu sesi petang telah mengadakan perjumpaan yang ke-11.Pada hari itu,ahli-ahli persatuan telah menyediakan farewell pada 9 Julai 2019.

  Pengerusi membuat keputusan untuk membeli donut,kek dan minuman dalam farewell yang akan datang setelah mendapat lulusan setiap ahli persatuan melalui undian yang adil.Selain itu ,pengerusi telah membahagikan kepada 2 kumpulan,iaitu satu kumpulan mempersembahkan di depan dan satu kumpulan menghiaskan kelas.

  Selepas itu, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 12.50p.m.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

 

Posted at 11:00 pm | Comment (0)

21st May, 2019

Perbahasan(Perjumpaan Ke-10 Sesi Petang)

Pada 16 April,perjumpaan ke-10 telah diadakan.Pada hari itu,perbahasan telah dilakukan.Cikgu telah meminta ahli-ahli persatuan menulis karangan jenis perbahasan.

Karangan Jenis Perbahasan

1.      Karangan jenis ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat tentang sesuatu tajuk yang diberikan.

2.      Perbahasan terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang bertentangan iaitu :

·         pihak pencadang

·         pihak pembangkang

3.      Kedua-dua pihak ini mempunyai pendapat-pendapat yang tersendiri yang hendak dihujahkan.

4.      Setelah menulis pendahuluan kemukakan hujah-hujah anda

5.      Pastikan kamu telah mengenal pasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada mulanya dicatatkan secara ringkas.

– mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

a] kata – kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )

Setelah perbahasan tamat, ahli-ahli persatuan pun bersurai tepat pada pukul 12.50 petang.

” SEHATI SEJIWA “

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan Cina Pulau Pinang.

Posted at 8:02 pm | Comment (0)

21st May, 2019

Permainan Tradisional(Perjumpaan Ke-9 Sesi Petang)


  Pada 9 April,
Persatuan Bahasa Melayu sesi petang telah mengadakan perjumpaan yang ke-9.Pada hari itu,ahli-ahli persatuan telah melakukan permainan tradisional.Cikgu telah meminjam monopoli daripada sekolah kepada ahli-ahli persatuan.

  Monopoli adalah salah satu permainan papan yang paling terkenal di dunia. Tujuan permainan ini adalah untuk menguasai semua petak di atas papan melalui pembelian, penyewaan dan pertukaran properti dalam sistem ekonomi yang disederhanakan.

Cara-cara Bermain Monopoli

1. Peralatan
Siapkan kertas permainan monopoly, kartu hak tanah,kartu dana umum & kesempatan,uang uangan,rumah2 & hotel2, 2 buah dadu ,serta karakter yg mewakili pemain.kalosaya beli aja di toko , tapi kalo sobat ingin membuat juga tdk masalah .kalo ingin tau caranya tunggu postingan saya selanjutnya.
2. Permulaan
Pemain mula2 membuang dadu,eh melempar maksudnye..hehe. urutkan dari yang terbanyak
3. Maju dari start
Pemain maju dari start ke petak2 mana sesuai jumlah angka dadu yang dilemparkan.
4. Berhenti di petak tanah belum dimiliki

Bila salah seorang pemain berhenti di petak tanah yang belum dimiliki orang lain, pemain tersebut berhak membeli tanah tersebut sesuai harga yang tertera di petak trsbt.
5. Berhenti di petak tanah yg dimiliki orang

 

 

Bila salah seorang pemain berhenti di petak tanah yang sudah dimiliki orang lain, pemain tersebut harus membayar harga sewa petak tanah tadi sesuai harga yg ada di kartu hak milik tanah trsbt.
6. Rumah rumah

 

Bila pemain ingin membeli rumah, maka ia harus memiliki sekomplek tanah ( lihat huruf abjad ). Sebaiknya, rumah2  dibangun rata di setiap petak tanah.
7. Hotel hotel

Bila pemain ingin membeli hotel, ia harus mempunyai 4 rumah dalam 1 petak tanah.tipsnya hotel dibangun rata di suatu komplek agar kalo ada yg berhenti di situ orang akan membayar 2x lipat.

8. Masuk penjara

Pemain harus masuk penjara jika :
– berhenti di petak penjara.
– angka lemparan dadu sama       sebanyak 3 kali.
– mendapat perintah masuk penjara dari kartu dana umum atau kesempatan.
9. Bebas dari penjara
Pemain dapat bebas/keluar dari penjara jika :
– membeli/mendapat kartu bebas penjara dari kartu dana umum atau kesempatan.
– angka lemparan dadu bernilai sama
– membayar uang kepada bank.kalo di saya bayarnya $300.000.tapi kalo di sobat beda juga nggak masalah.
10. Kartu kesempatan dan dana umum.

kartu kesempatan dan dana umum umumnya ada 18 lembar.kartu ini berisi masuk penjara, bebas dari penjara, dapat hadiah, bayar pajak atau sebgainya.

  Selepas itu, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

 

 

Posted at 7:53 pm | Comment (0)