15th March, 2020

Membaca Buku Bahasa Melayu(Perjimpaan Ke-7 Sesi Pagi)

Pada 25 Februari 2020,Persatuan BM telah mengadakan perjumpaan ke-7 iaitu pada hari Selasa.Pada hari ini,persatuan BM telah mengadakan aktiviti membaca buku Bahasa Melayu.

  Guru penasihat telah memberi taklimat yang kecil bahawa beliau akan membawa ahli-ahli kumpulan ke perpustakaan untuk membaca buku Bahasa Melayu.Beliau juga menasihati bahawa tidak berbuat bising di perpustakaan.Selepas itu,ahli-ahli persatuan pun mengikut guru penasihat ke perpustakaan.

  Selepas tiba di perpustakaan,ahli-ahli persatuan pergi mencari buku Bahasa Melayu yang digemari.Guru penasihat memberitahu ahli-ahli persatuan bahawa hendak menulis tajuk,pengarang dan sinopsis buku mereka untuk menjadi penyampaian pada perjumpaan seterusnya.Ahli-ahli persatuan membaca buku dengan sunyi dan teliti.Mereka juga sambil menulis sinopsis sambil membaca buku.

  Tepat pada pukul 4.15 petang,masa sudah tiba.Guru penasihat mengatakan terima kasih dan menasihati kita jangan lupa membawa kertas pada perjumpaan seterusnya.Selepas itu,ahli-ahli persatuan pun bersurai.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Malaysia.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 12:36 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.