1st April, 2021

 

PERSATUAN BAHASA MALAYSIA

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

Laporan Bergambar Mesyuarat 04 Tahun 2021

Tarikh: 23 Mac 2021

Masa: 10.40 pagi – 12.40 tengah hari

Tempat:  Pautan Google Meet

Perkara:. Mesyuarat Biasa

Semua ahli Persatuan Bahasa Melayu berinteraksi secara aktif dengan guru penasihat semasa menjalani aktiviti atas talian melalui Google Meet.

Langkah-langkah untuk menulis sebuah karangan pendek yang cemerlang telah dipertunjuk oleh guru dengan teliti.

Posted at 11:30 pm | Comment (0)

5th February, 2020

Permainan Sahibba(Perjumpaan Ke-4 Sesi Pagi)

Pada 4 Februari, Persatuan Bahasa Melayu telah menganjurkan perjumpaan ke-4.Aktiviti yang diadakan ialah Permainan Sahibba.

  SAHIBBA ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang. Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan dalam kedudukan yang menguntungkan. Objektif permainan adalah untuk mendapat markah tertinggi.SAHIBBA yang menyertai  pertandingan ini dimainkan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu.

Cara bermain iaitu:

  1. Pemain pertama membentuk sepatah perkataan, melintang atau menegak, di atas papan dan satu daripada hurufnya harus berada di petak empat segi di tengah papan permainan. Jubin ini dikenal sebagai Jubin atas Papan. (Contoh 1a)
  2. Pemain kedua dan pemain seterusnya akan mengikut giliran masing-masing sambil meletakkan satu jubin atau sebaris jubin, melintang atau menegak di atas papan sekali sahaja (disebut ‘MAINAN’). Perkataan disusun secara pepenjuru tidak dibenarkan. (Contoh 1b – 1d)
  1.  Masa untuk membina kata dan meletakkan jubin mengikut kategori permainan adalah seperti yang berikut:
  2. a)Sekolah menengah  :     20 saat
  3. b)Sekolah rendah       :     30 saat
  4. Masa membina kata dan meletakkan jubin akan dikira sebaik-baik sahaja hakim selesai mengira markah.
  5. Selepas setiap ‘MAINAN’, setiap pemain menamatkan gilirannya dan hakim mengumumkan markah pemain tersebut. Pemain akan mencatatkan markahnya dalam Kertas Markah. Selepas itu, pemain akan mencabut jubin-jubin baharu untuk mencukupkan 8 ubin di raknya.

  Tujuan bermain sahibba dapat menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar dalam membina kosa kata dalam Bahasa Melayu.Seterusnya meningkatkan penguasaan dan pengembangan bahasa melayu dalam kalangan pelajar.Bermain permainan sahibba juga boleh melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa Melayu.  

  Semua ahli-ahli persatuan bermain dengan gembira.Namun masa sudah tiba,pengerusi mengumpul dan memulang balik kepada perpustakaan.Tepat 4.15 petang,ahli-ahi pun bersurai.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Posted at 10:04 pm | Comment (0)

19th January, 2020

AGM Tahunan Persatuan Bahasa Melayu 2019(Perjumpaan Ke-1 Sesi Petang)


Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan pada 7 Januari 2019,iaitu hari Selesa.Pada tahun ini,guru penasihat kita ialah Ng Fang Fang kepada Persatuan Bahasa Melayu sesi pagi.Pada hari ini,guru penasihat telah memilih beberapa aktiviti yang akan dijalankan pada hari kemudian.Selain itu,pemilihan ahli-ahli jawatankuasa telah diadakan untuk memastikan mesyuarat-mesyuarat akan diadakan dengan lancar.Ahli-ahli sangat bersemangat untuk memilih AJK persatuan ini.Jumlah ahli-ahli pada tahun ini adalah sebanyak 24 orang.

Yang berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa sesi petang:

Pengerusi:Loh Han Mei

Setiausaha:Ong Yee Jia

Bendahari:Vivian Ch’ng Yi Wen 

Projek Hijau:Lim Min Jun

Blog:Ng Jing Han 

Selepas memilih ahli jawatankuasa,guru penasihat pula memberi latihan kepada ahli-ahli sebagai tinjaun.Perjumpaan ini telah memberikan banyak pengalaman kepada ahli-ahli persatuan.Pada pukul 4.15p.m,ahli-ahli pun bersurai.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 5:54 pm | Comment (0)

13th August, 2019

Farewell Bahasa Melayu(Perjumpaan Ke-13 Sesi Petang)

Pada 9 Julai 2019,Persatuan Bahasa Melayu sesi petang telah mengadakan perjumpaan ke-13.Pada hari itu,ahli-ahli persatuan telah mengadakan farewell.

  Pengerusi telah membeli makanan seperti Chiffon kek,ham,sandwich keju dan minuman seperti milo dan orange.Selain itu,pengerusi juga menyediakan belon-belon untuk menghiaskan kelas B8.Farewell disediakan dengan persembahan yang disediakan oleh ahli-ahli persatuan seperti menari,menyanyi dan mendeklamasi sajak.Selepas itu,guru penasihat menyampaikan makanan dan minuman kepada ahli-ahli persatuan.Mereka makan dengan gembira.Semu ahli persatuan berbual-bual sambil makan.Hubungan silaturahim antara ahli persatuan telah dieratkan.

  Masa hampir tamat,pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran setiap ahli dan mengharap agar semua ahli terus menyertai Persatuan Bahasa Melayu pada tahun depan.

Selepas itu, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 12.50p.m.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

 

Posted at 4:03 pm | Comment (0)

3rd April, 2019

Latihan Nilai-nilai Komsas [ Perjumpaan ke-3 Sesi Pagi ]

Perjumpaan yang ke-3 pula diadakan pada hari selesa, iaitu 22 Januari 2019. Pada hari ini, cikgu telah menyenaraikan nilai-nilai komsas di papan hitam dan menerangkan terhadap nilai-nilai tersebut. Setelah itu, cikgu membahagikan ahli-ahli persatuan kepada beberapa kumpulan dan menyuruh ahli membincangkan tentang nilai-nilai yang terdapat dalam kehidupan kita.

Cikgu menggunakan cara yang menarik untuk menjalankan latihan ini. Cikgu mengarahkan ahli persatuan menggunakan nilai-nilai komsas yang disenaraikan tadi untuk menulis sebuah cerita dan membentangkan ceritanya di hadapan kelas.

Ahli-ahli persatuan telah mempelajarkan 17 nilai komsas melalui latihan ini. Oleh itu, ahli-ahli persatuan dapat menggunakan nilai tersebut dalam komsas dan juga menerapkan nilai yang baik dalam kehidupan mereka.Berikut ialah nilai-nilai komsas yang dipelajari :

  1. baik hati

  2. berdikari

  3. hemah tinggi

  4. hormat-menghormati

  5. kasih sayang

  6. keadilan

  7. kebebasan

  8. keberanian

  9. kebersihan fizikal

  10. kejujuran

  11. kesederhanaan

  12. kerajinan

  13. kerjasama

  14. kesyukuran

  15. rasional

  16. semangat bermasyarakat

  17. patriotisme

Selepas itu, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Posted at 9:37 pm | Comment (0)

28th March, 2019

Permainan Sahibbah(Perjumpaan Ke-5 Sesi Petang)

Pada 26 Februari,Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan ke-4.Aktiviti hari ini adalah permainan sahibbah.Pengerusi telah membahagikan ahli-ahli persatuan kepada 2 kumpulan.Satu kumpulan mempunyai 4 orang manakala satu kumpulan lain mempunyai 2 orang.

Tujuan bermain permainan sahibbah:

Selepas itu,ahli-ahli persatuan pun mengemas dan meletakkan permainan sahibbah ke tempat masing-masing.Tepat 12.50p.m,ahli-ahli pun bersurai.

 

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 4:49 pm | Comment (0)

28th March, 2019

Gotong-royong(Perjumpaan Ke-4 Sesi Petang)

  Pada hari Selesa,iaitu 19 Februari,persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan aktiviti gotong-royong di Bilik B8.Pengerusi telah memberikan penerangan yang ringkas tentang aktivitti gotong-royong yang akan dijalankan.

  Pengerusi yang berkepimpinan membahagikan tugas dengan adil.Setiap ahli diminta untuk melakukan tugas masing-masing seperti  menyapu lantai,mengemas kerusi dan meja,membersihkan papan hitam dan sebagainya.Semua ahli persatuan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membersihkan kelas mereka.

  Sehubungan dengan itu,aktiviti gotong-royong tersebut telah dijayakan dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli persatuan.

 

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu

SMJK Perempuan China Pulau PInang

 

Posted at 4:28 pm | Comment (0)

3rd February, 2019

AGM Tahunan Persatuan B.M. 2019(Perjumpaan Ke-1 Sesi Petang)

 

Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan pada 22 Januari 2019,iaitu hari Selesa.Pada tahun ini,guru penasihat kita ialah Pn.Norzaini binti Zainol Abidin kepada Persatuan Bahasa Melayu sesi petang.Untuk memastikan mesyuarat-mesyuarat akan diadakan dengan lancar,pemilihan ahli-ahli jawatankuasa telah diadakan.Ahli-ahli sangat bersemangat untuk memilih AJK persatuan ini.Jumlah ahli-ahli pada tahun ini adalah sebanyak 14 orang.

Yang berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa sesi petang:

Pengerusi:Lim Min Jun(K2C)

Setiausaha:Ng Jing Han(K2B)

Bendahari:Choong Chia Ying(S4H)

Perjumpaan ini telah memberikan banyak pengalaman kepada ahli-ahli persatuan.Pada pukul 12.50p.m,ahli-ahli pun bersurai.

 

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 8:30 am | Comment (0)

8th January, 2019

AGM Tahun 2019 [Perjumpaan Ke-1 Sesi Pagi]

Persatuan Bahasa Melayu sesi pagi telah mengadakan perjumpaan yang pertama pada hari Selesa, 8 Januari 2019. Pada tahun ini, guru penasihat sesi pagi Persatuan Bahasa Melayu merupakan Puan Eng Fang Fang.Untuk memastikan mesyuarat-mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu dapat dijalankan dengan lancar,pemilihan ahli-ahli-ahli jawatankuasa yang baharu telah diadakan.Jumlah ahli pada tahun ini adalah sebanyak 13 orang.

Yang berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa sesi pagi:

Pengerusi :Wong Yi Ling (S5J)

Setiausaha : Tan Hui Hui (S5C)

Bendahari :Cheng Ru Wen (S5A)

 

Selanjutnya, perbincangan tentang rancangan tahunan dan gotong-royong diadakan. Ahli-ahli  telah bekerjasama membersihkan bilik B8 ,yakni tempat perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu . Selain itu, kami telah membuat latihan tatabahasa di bawah bimbingan guru penasihat.

Selepas itu,  kami bersurai pada pukul 3.00 pm.

‘SEHATI SEJIWA’

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Posted at 7:15 pm | Comment (0)

8th January, 2019

Senarai Ahli Jawatankuasa Sesi Pagi 2019

Pengerusi : Wong Yi Ling  (S5J)

Setiausaha : Tan Hui Hui  (S5C)

Bendahari : Cheng Ru Wen  (S5A)

Posted at 6:51 pm | Comment (0)