3rd April, 2019

Latihan Nilai-nilai Komsas [ Perjumpaan ke-3 Sesi Pagi ]

Perjumpaan yang ke-3 pula diadakan pada hari selesa, iaitu 22 Januari 2019. Pada hari ini, cikgu telah menyenaraikan nilai-nilai komsas di papan hitam dan menerangkan terhadap nilai-nilai tersebut. Setelah itu, cikgu membahagikan ahli-ahli persatuan kepada beberapa kumpulan dan menyuruh ahli membincangkan tentang nilai-nilai yang terdapat dalam kehidupan kita.

Cikgu menggunakan cara yang menarik untuk menjalankan latihan ini. Cikgu mengarahkan ahli persatuan menggunakan nilai-nilai komsas yang disenaraikan tadi untuk menulis sebuah cerita dan membentangkan ceritanya di hadapan kelas.

Ahli-ahli persatuan telah mempelajarkan 17 nilai komsas melalui latihan ini. Oleh itu, ahli-ahli persatuan dapat menggunakan nilai tersebut dalam komsas dan juga menerapkan nilai yang baik dalam kehidupan mereka.Berikut ialah nilai-nilai komsas yang dipelajari :

  1. baik hati

  2. berdikari

  3. hemah tinggi

  4. hormat-menghormati

  5. kasih sayang

  6. keadilan

  7. kebebasan

  8. keberanian

  9. kebersihan fizikal

  10. kejujuran

  11. kesederhanaan

  12. kerajinan

  13. kerjasama

  14. kesyukuran

  15. rasional

  16. semangat bermasyarakat

  17. patriotisme

Selepas itu, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Posted at 9:37 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.