15th March, 2020

Permainan Tradisional(Perjumpaan Ke-6 Sesi Pagi)

Pada 18 Februari,Persatuan BM telah mengadakan perjumpaan ke-6.Aktiviti yang diadakan pada hari itu ialah permainan tradisional.Antara permainan tradisional ialah congkak dan batu seremban.

  Congkak ialah sejenis permainan tradisional Hindu yang sering dimainkan oleh Burbank. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Cara bermain ialah:

  1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
  2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
  3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
  4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada di pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
  5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap ‘terbakar’. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

  Batu seremban pula juga ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia.Batu seremban  adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.[2]

Permainan batu seremban cuma memerlukan beberapa biji buah, guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan. Batu seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang.

Cara bermain ialah:

Buah Satu:

*Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu sama lain.

*Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.

*Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.

*Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua:

*Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.

*Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.

*Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:

*Buah tiga ada sedikit perbezaan.

*Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.

*Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:

*Buah ibu akan dilambungkan ke udara.

*Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:

*Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

*Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.

*Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:

*Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.

*Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.

*Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:

*Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.

*Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.

*Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.

*Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.

*Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.

*Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan:

*Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.

*Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.

*Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.

*Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus

Timbang:

*Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata.

*Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.

*Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.

*Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.

*Tangkap batu seremban yang ada di tangan

Batu yang dapat ditangkap = 1 mata

Batu yang dijatuhkan = 0 mata

Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

Tamat Permainan:

Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.

Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

Tujuan bermain permainan tradisional dapat menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar.Seterusnya mengisi masa lapang dengan bermain permainan tradisional selain melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu,permainan tradisional dapat memupuk nilai tradisi dalam kalangan generasi masa kini.

  Semua ahli-ahli persatuan bermain dengan gembira.Namun masa sudah tiba,pengerusi mengumpul dan memulang balik kepada perpustakaan.Tepat 4.15 petang,ahli-ahi pun bersurai.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Posted at 12:18 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.