21st May, 2019

Perbahasan(Perjumpaan Ke-10 Sesi Petang)

Pada 16 April,perjumpaan ke-10 telah diadakan.Pada hari itu,perbahasan telah dilakukan.Cikgu telah meminta ahli-ahli persatuan menulis karangan jenis perbahasan.

Karangan Jenis Perbahasan

1.      Karangan jenis ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat tentang sesuatu tajuk yang diberikan.

2.      Perbahasan terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang bertentangan iaitu :

·         pihak pencadang

·         pihak pembangkang

3.      Kedua-dua pihak ini mempunyai pendapat-pendapat yang tersendiri yang hendak dihujahkan.

4.      Setelah menulis pendahuluan kemukakan hujah-hujah anda

5.      Pastikan kamu telah mengenal pasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada mulanya dicatatkan secara ringkas.

– mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

a] kata – kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )

Setelah perbahasan tamat, ahli-ahli persatuan pun bersurai tepat pada pukul 12.50 petang.

” SEHATI SEJIWA “

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan Cina Pulau Pinang.

Posted at 8:02 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.