12th March, 2013

Pertandingan Sahibba

Pada 12/3/2013, pertandingan Sahibba anjuran Persatuan Bahasa Melayu (BM) telah diadakan di bilik B8 pada 1.35 petang. Pertandingan tersebut berlangsung selama dua hari. Seramai 56 orang peserta menyertai pertandingan tersebut. Para peserta telah dibahagikan kepada 14 kumpulan iaitu 4 orang dalam setiap kumpulan. Sebelum pertandingan dimulakan, pengerusi persatuan, saudari Zoey Wong menerangkan peraturan pertandingan kepada peserta. Semua peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Pada akhir pertandingan hari pertama, 9 orang peserta telah melayakkan diri ke pertandingan akhir yang diadakan pada 19/3/2012. Tempat pertama telah dimenangi oleh Khoo Pei Jing, K3A, tempat kedua ialah Ng Wei Vern, K3E dan tempat ketiga ialah Aishah Bt. Norzali, K3B. Semoga sambutan daripada murid-murid akan lebih memberangsangkan pada tahun akan datang.

Posted at 4:20 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.