16th February, 2017

Permainan Sahibba [Perjumpaan Ke-3 Sesi Petang]

Hari ini, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan kali ketiga pada hari Selasa, 14 Februari 2017.Aktiviti yang dijalankan hari ini ialah permainan Sahibba.

Sila membenarkan saya menjelaskan apakah itu Sahibba?
– SAHIBBA ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang.
– Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan dalam kedudukan yang menguntungkan.
– Objektif permainan adalah untuk mendapat markah tertinggi.

Permainan Sahibba ini memeang menerima sambutan yang hangat daripada murid-murid memandangkan ahli-ahli persatuan kami bermain dengan seronok.Permainan ini bukan sahaja dapat meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu dalam kalangan pelajar , bahkan juga dapat meningkatkan penguasaan dan pengembangan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

Ahli-ahli Persatuan BM sedang bermain permainan Sahibba.

Jubin Huruf sedang diaturkan untuk dijadikan sepatah perkataan.

 

Sekian sahaja buat kali ini.

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 12:45 am | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.