11th March, 2014

permainan sahibba(sesi pagi)

 

Sahibba ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris).

Kepingnya berbentuk bujur sangkar yang bertuliskan satu huruf pada mukanya. Setiap pemain mengambil sebanyak tujuh buah keping huruf dari kantung, lalu cuba membentuk perkataan secara mendatar atau menurun seperti teka silang kata. Perkataan yang dibentuk harus terdapat dalam kamus am yang berpadan dengan bahasa yang dimainkan. Pemain yang mengumpul jumlah mata tertinggi dijadikan pemenang.

 

Ahli-ahli mendengar penerangan ringkas pengerusi dan mengemukakan soalan.

 

 

Pengerusi memberi penerangan tentang peraturan sahibba kepada ahli-ahli.

 

Ahli-ahli bermain sahibba dengan  menumpukan sepenuh perhatian.

 

Ahli-ahli bermain sahibba dengan riang dan gembira.

 

Aktiviti permainan sahibba telah diadakan pada 25/2/14.Inisiatif untuk menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai sesuatu yang menarik boleh dipelbagaikan. Aktiviti permainan bahasa seperti Sahibba berupaya merangsang dan mengekalkan minat agar murid-murid suka akan mata pelajaran Bahasa Melayu secara berterusan. Kegiatan berpersatuan sebenarnya merupakan aktiviti serampang dua mata  agar selari dengan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sahibba dapat menambah kosa kata ahili-ahli dan menggalakan mereka mengguna kosa kata bm dengan tepat dan betul.

 

 

 

 

 

 

Posted at 6:48 pm | Comments Off on permainan sahibba(sesi pagi)