22nd January, 2014

21/1/2014 Gotong-royong ( sesi pagi)

Pada hari ini,kami telah menjalankan gotong-royong di kelas B8. Tujuan gotong-royong ini ialah supaya kami dapat menjalankan aktiviti dalam keadaan yang selesa dan bersih.Guru penasihat telah membahagikan tugas ahli-ahli kepada lima:

1. Menyapu lantai kelas B8 dan lorong kelas.

2. Mengelap meja-meja.

3. Membersihkan papan hitam dan papan putih.

4. Mengelap komputer.

5. Menghiaskan papan kenyataan yang terdapat di dalam kelas B8.

Kami menggembleng tenaga untuk membersihkan kelas B8 dalam tempoh yang ditetapkan.

Berikut ialah beberapa gambar yang diambil semasa kerja pembersihan diadakan:

Posted at 10:46 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.