22nd January, 2013

Pembersihan Kelas Bilik B8

Untuk memastikan perjumpaan kita dapat dijalankan dalam keadaan yang lebih selesa, guru penasihat telah mengarah ahli-ahli persatuan BM untuk membersihankan bilik B8. Ahli-ahli telah mendengar arahan ketua kebersihan semasa aktiviti pembersihan kelas diadakan. Sebahagian ahli bertanggungjawab menyapu lantai yang kotor itu. Malah, beberapa orang ahli pula menyapu lorong di tepi kelas. Selepas pembersihan, kami menghiaskan papan kenyataan dalam kelas itu.

Ahli-ahli telah menyapu lantai dalam kelas bilik B8 supaya kelihatan lebih ceria.

Beberapa ahli telah menyapu lorong yang ditaburi oleh dedaun.

Posted at 8:54 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.