6th April, 2015

Gotong-royong [sesi pagi]

Pada 27 Januari 2015,Persatuan Bahasa Melayu sesi pagi  telah mengadakan gotong-royong bersama-sama.Aktiviti ini telah disertai oleh semua ahli persatuan.Pada hari tersebut,pengerusi telah membahagikan kerja membersih bilik b8 kepada semua ahli dengan teratur.Semua ahli telah berganding bahu  membersihkan bilik tersebut.Ada sebahagian daripada ahli  menolong mengelap meja,papan putih dan sebagainya supaya bilik ini menjadi bersih dan kemas.Justeru,pelajar atau guru yang menggunakan bilik tersebut akan berasa gembira dan dapat menjalankan pelajaran dan pembelajaran dengan baik.

 

Ahli-ahli berganding bahu untuk membersihkan bilik tersebut.

Ahli-ahli berganding bahu untuk membersihkan bilik tersebut.

Ahli tersebut sedang mengelap meja guru dan menyusun semula semua fail supaya

Ahli tersebut sedang mengelap meja guru dan menyusun semula semua fail-fail tersebut dengan teratur.

IMG_0689

Sebahagian ahli sedang menyusun buku-buku ke dalam almari manakala ada sebahagian daripada mereka sedang membersihkan papan hijau.

Sebahagian ahli sedang menyusun buku-buku ke dalam almari manakala ada sebahagian daripada mereka sedang membersihkan papan hijau.

IMG_0687

Saudari Dayana dan ahli kumpulannya telah menjalankan tugas mengelap meja dengan bersungguh-sungguh,Selain itu,ahli yang lain juga sedang menyapukan lantai supaya kelihatan lebih bersih.

Gotong-royong pada hari tersebut telah berjalan dengan lancar.Guru penasihat telah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua ahli.Syabas juga diucapkan kepada semua ahli.Kerjasama semua amat kami hargai.Terima kasih sekali lagi.

Posted at 9:03 pm | Comments (2)


2 Comments

  1. On April 14, 2015 at 1:36 PM persbm.ppc@smjk.edu.my said:

    April 14, 2015 at 1:36 PM

    Ahli-ahli Persatuan BM telah bekerjasama membersihkan Bilik B8 dengan baik.

  2. On April 17, 2015 at 6:17 PM persbm.ppc@smjk.edu.my said:

    April 17, 2015 at 6:17 PM

    Terima kasih atas kerjasama semua ahli.Syabas diucapkan oleh semua.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.