29th March, 2016
Gotong-royong 2016 (Sesi Petang)
Pada 23 Februari yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu sesi petang talah mengadakan aktiviti gotong-royong. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kelas di samping dapat mewujudkan suasana yang kondusif untuk para pelajar yang menggunakan bilik darjah tersebut. Aktiviti ini disertai oleh semua ahli persatuan. Pada hari tersebut, pengerusi telah membahagikan tugas kepada ahli persatuan. Semua orang berganding bahu untuk menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Di bawah saya sertakan beberapa keping gambar yang diambil sepanjang aktiviti ini diadakan.
Beberapa orang pelajar ditugaskan untuk menyapu lantai.
Sesetengah murid pula mengelap meja yang terdapat di bilik darjah tersebut.
Seorang murid yang baik hati menolong guru penasihat untuk menghiaskan papan kenyataan Persatuan BM yang terdapat dalam bilik darjah tersebut.
Dua orang murid sedang membersihkan papan hitam menggunakan kain buruk yang telah dibasahkan.
Sekian, terima kasih.
Posted at 10:54 pm | Comment (0)
29th March, 2016
Perjumpaan Pertama dan AGM bagi Tahun 2016 (Sesi Petang)
Persatuan Bahasa Melayu sesi petang telah mengadakan perjumpaan pertama pada hari Selasa, 19 Januari 2016. Pada tahun ini, Persatuan Bahasa Melayu mempunyai dua orang guru penasihat iaitu Puan Nurul Izzati dan Cik Nurul Jannah. Jumlah ahli persatuan pada tahun ini adalah seramai 23 orang. Dalam perjumpaan ini, kami telah melantik ahli jawatankuasa bagi sesi petang tahun 2016 seterusnya merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini. Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa yang dilantik:
Pengerusi : Choo Su Ming (S4A)
Naib Pengerusi : Chang Wen Li (S4D)
Setiausaha : Lim Mei Xian (S4C)
Pen. Setiausaha : Wong Yi Ling (K2H)
Bendahari : Chuah Wan Yong (S4J)
Pen. Bendahari : Tan Hui Hui (K2A)
Ketua Disiplin : Kheoh Sin Yee (S4H)
Ketua Projek Hijau : Yeoh Kai Yong (S4H)
Kemudian, kami telah membincang bersama-sama dengan guru penasihat tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada setiap kali perjumpaan sepanjang tahun. Perjumpaan kali pertama bersurai pada 12.50 p.m. Di bawah saya sertakan beberapa keping gambar yang diambil pada perjumpaan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Posted at 10:17 pm | Comment (0)
24th March, 2016
Satu Hari, Satu Peribahasa [21]
21]Darah seni
Maksud: Bakat semula jadi dalam bidang seni
Posted at 7:47 pm | Comment (0)
24th March, 2016
Satu Hari, Satu Peribahasa [20]
20]Nafas baru
Maksud:Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru.
Posted at 7:43 pm | Comment (0)
24th March, 2016
Perjumpaan kali ke-4 [Sesi Pagi]
Perhatian kepada semua ahli Persatuan Bahasa Malaysia,
Dengan ini dimaklumkan bahawa perjumpaan yang seterusnya akan dijalankan seperti biasa iaitu pada 29.03.2016 [Selasa] yang akan datang.Kehadiran semua ahli adalah diwajibkan.Sekian,harap maklum.
‘BAHASA JIWA BANGSA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia [Sesi Pagi]
SMJK Perempuan Cina Pulau Pinang.
Posted at 7:26 pm | Comment (0)
21st March, 2016
Perjumpaan kali ke-3 (Sesi Pagi)
Perhatian kepada semua ahli sesi pagi,
Perjumpaan akan dijalankan seperti biasa pada hari esok 22.3.2015(Selasa).
Sekian,harap maklum.
Posted at 8:10 pm | Comment (0)