29th March, 2018
Pembelajaran Tatabahasa [Perjumpaan Ke-6 Sesi Pagi]
Pada 27 Mac 2018,pada hari Selasa, persatuan kami telah mengadakan kali perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu yang keenam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan kali ini telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengasahkan tatabahasa. Kertas-kertas latihan telah dibahagikan kepada ahli-ahli persatuan juga.
Tujuan perjumpaan kali ini :
- Untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa pelajar-pelajar .
- Untuk melatih keupayaan pelajar untuk mengetahui cara untuk mengesan kesilapan istilah, tatabahasa, dan ejaan.
- Untuk mengenali Hukum D-M dan mengetahui cara penggunaan kata majmuk yang betul
Perjumpaan kali ini telah banyak memberikan manfaat kepada ahli-ahli persatuan.Kemudian, kami telah bersurai pada pukul 3.00 pm.
‘SEHATI SEJIWA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 6:08 pm | Comment (0)
15th March, 2018
Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu [Perjumpaan Ke-5 Sesi Pagi]
Pada 13 Mac 2018, pada hari Selasa, persatuan kami telah mengadakan kali perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu yang kelima. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan kali ini ialah Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu. Pertandingan tersebut bukan sahaja melibatkan ahli persatuan kami malah merangkumi pelajar-pelajar tingkatan 5 yang lain.Pelajar diuji dari aspek intelek , iaitu kemahiran berfikiran aras tinggi.
Soalan Kuiz Bahasa Melayu merangkumi:
- Peribahasa
- Akronim
- Bahasa istana
- Kesalahan ejaan dan istilah
Tujuan Pertandingan kuiz ini dijalankan :
- Bertujuan untuk mencungkil bakat dalam pemahaman Bahasa Melayu .
- Bertujuan untuk melatih serta mendidik pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
Pertandingan kali ini telah banyak memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar yang telah melibatkan diri. Kemudian, kami telah bersurai pada pukul 3.00pm.
‘BAHASA JIWA BANGSA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 6:13 pm | Comment (0)
10th March, 2018
Pembelajaran Tatabahasa [Perjumpaan Ke-4 Sesi Pagi]
Pada 6 Mac 2018,pada hari Selasa, persatuan kami telah mengadakan kali perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu yang keempat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan kali ini telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengasahkan tatabahasa. Kertas-kertas latihan telah dibahagikan kepada ahli-ahli persatuan juga.
Tujuan perjumpaan kali ini :
- Untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa pelajar-pelajar .
- Untuk melatih keupayaan pelajar untuk mengetahui cara untuk mengesan kesilapan istilah, tatabahasa, dan ejaan.
Perjumpaan kali ini telah banyak memberikan manfaat kepada ahli-ahli persatuan.Kemudian, kami telah bersurai pada pukul 3.00 pm.
‘SEHATI SEJIWA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 6:02 pm | Comment (0)