28th March, 2019
Tarikh Perjumpaan 2019 (Sesi Petang)
Ke-1 : 22/1 AGM
Ke-2 : 29/1 Persediaan Papan Notis
Ke-3 : 12/2 Orientasi
Ke-4 : 19/2 Gotong-royong
Ke-5 : 26/2 Permainan Sahibbah
Ke-6 : 12/3 Permainan Bahasa
Ke-7 : 19/3 Kuiz BM
Ke-8 : 2/4 Tayangan Video
Ke-9 : 9/4 Permainan Tradisional
Ke-10 : 16/4 Perbahasan
Ke-11 : 23/4 Persediaan Jamuan Perpisahan
Ke-12 : 26/6 Permainan Tatabahasa
Ke-13 : 9/7 Jamuan Perpisahan
Posted at 5:27 pm | Comment (0)
28th March, 2019
Kuiz Bahasa Melayu(Perjumpaan Ke-7 Sesi Petang)
Pada 19 Mac 2018, pada hari Selasa, persatuan kami telah mengadakan kali perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu ke-7. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan kali ini ialah Kuiz Bahasa Melayu. Pelajar diuji dari aspek intelek , iaitu kemahiran berfikiran aras tinggi.
Soalan Kuiz Bahasa Melayu merangkumi:
- Peribahasa
- Akronim
- Bahasa istana
- Kesalahan ejaan dan istilah
Tujuan Pertandingan kuiz ini dijalankan :
- Bertujuan untuk mencungkil bakat dalam pemahaman Bahasa Melayu .
- Bertujuan untuk melatih serta mendidik pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
Pertandingan kali ini telah banyak memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar yang telah melibatkan diri. Kemudian, kami telah bersurai pada pukul 12.50p.m.
‘BAHASA JIWA BANGSA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 5:02 pm | Comment (0)
28th March, 2019
Permainan Bahasa(Perjumpaan Ke-6 Sesi Petang)
Pada 12 Mac 2018,pada hari Selasa, persatuan telah mengadakan kali perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu yang keempat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan kali ini telah memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengasahkan bahasa. Kertas-kertas latihan telah dibahagikan kepada ahli-ahli persatuan juga.
Tujuan perjumpaan kali ini :
- Untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa pelajar-pelajar .
- Untuk melatih keupayaan pelajar untuk mengetahui cara untuk mengesan kesilapan istilah, tatabahasa, dan ejaan.
Perjumpaan kali ini telah banyak memberikan manfaat kepada ahli-ahli persatuan.Kemudian, kami telah bersurai pada pukul 12.50p.m.
‘SEHATI SEJIWA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 4:56 pm | Comment (0)
28th March, 2019
Permainan Sahibbah(Perjumpaan Ke-5 Sesi Petang)
Pada 26 Februari,Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan ke-4.Aktiviti hari ini adalah permainan sahibbah.Pengerusi telah membahagikan ahli-ahli persatuan kepada 2 kumpulan.Satu kumpulan mempunyai 4 orang manakala satu kumpulan lain mempunyai 2 orang.
Tujuan bermain permainan sahibbah:
- Meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam Bahasa Melayu
- Menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar
- Meningkatkan penguasaan dan pengembangan Bahasa Melayu
- Melahirkan murid yang berterampilan dalam penggunaan Bahasa Melayu
Selepas itu,ahli-ahli persatuan pun mengemas dan meletakkan permainan sahibbah ke tempat masing-masing.Tepat 12.50p.m,ahli-ahli pun bersurai.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Melayu
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 4:49 pm | Comment (0)
28th March, 2019
Gotong-royong(Perjumpaan Ke-4 Sesi Petang)
Pada hari Selesa,iaitu 19 Februari,persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan aktiviti gotong-royong di Bilik B8.Pengerusi telah memberikan penerangan yang ringkas tentang aktivitti gotong-royong yang akan dijalankan.
Pengerusi yang berkepimpinan membahagikan tugas dengan adil.Setiap ahli diminta untuk melakukan tugas masing-masing seperti menyapu lantai,mengemas kerusi dan meja,membersihkan papan hitam dan sebagainya.Semua ahli persatuan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membersihkan kelas mereka.
Sehubungan dengan itu,aktiviti gotong-royong tersebut telah dijayakan dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli persatuan.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Melayu
SMJK Perempuan China Pulau PInang
Posted at 4:28 pm | Comment (0)
28th March, 2019
Orientasi Persatuan B.M.(Perjumpaan Ke-3 Sesi Petang)
Hari ini ialah perjumpaan ke-3,iaitu 22 Februari 2019.Perjumpaan hari ini adalah mengadakan orientasi.Pengerusi telah membuat beberapa permainan bahasa Melayu kepada ahli ahli.Tujuan permainan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara ahli dan juga meningkatkan minat ahli-ahli persatuan terhadap bahasa Melayu.
Peraturan permainan adalah seperti berikut:
- Mendapatkan sekeping kertas dalam sebuah kotak
- Membuka kertas itu
- Membertahu ahli-ahli tentang arahan itu
- Melakukan arahan yang diberikan dalam kertas
Ahli-ahli persatuan bermain dengan gembira.Sebelum bersurai,ahli-ahli persatuan mengemaskan meja-meja dan kerusi-kerusi dengan kemas dan bersih.Pada 12.50p.m,ahli-ahli pun bersurai.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Melayu
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 4:11 pm | Comment (0)
28th March, 2019
Persediaan Papan Notis(Perjumpaan Ke-2 Sesi Petang)
Pada 29 Januari 2019,iaitu hari Selesa,persatuan kami telah mengadakan persediaan papan notis.Ahli-ahli telah menyediakan bahan-bahan seperti kertas berwarna,gunting,pen berwarna dan sebagainya.Ahli-ahli telah bekerjasama menyediakan bahan untuk menghiaskan papan notis.
Akhirnya,ahli-ahli persatuan telah besiap bahan-bahan untuk menghiaskan papan notis.Mereka menampal bahan-bahan ke atas papan notis bagai aur dengan tebing.Selepas itu,ahli-ahli pun bersurai.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Melayu
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 3:48 pm | Comment (0)