29th January, 2013

Permainan Sahibba

Semua ahli telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bermain sahibba. Terdapat empat orang ahli dalam satu kumpulan. Kami munumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa bermain permainan sahibba. Sebelum itu, pengerusi telah memberitahu kami tentang cara bermain sahibba dan cara mengira markah. Permainan tersebut telah dijalankan dengan lancar sekali.

Ahli-ahli sedang bermain sahibba dengan seronok sekali.

Posted at 9:17 pm | Comment (0)

22nd January, 2013

Pembersihan Kelas Bilik B8

Untuk memastikan perjumpaan kita dapat dijalankan dalam keadaan yang lebih selesa, guru penasihat telah mengarah ahli-ahli persatuan BM untuk membersihankan bilik B8. Ahli-ahli telah mendengar arahan ketua kebersihan semasa aktiviti pembersihan kelas diadakan. Sebahagian ahli bertanggungjawab menyapu lantai yang kotor itu. Malah, beberapa orang ahli pula menyapu lorong di tepi kelas. Selepas pembersihan, kami menghiaskan papan kenyataan dalam kelas itu.

Ahli-ahli telah menyapu lantai dalam kelas bilik B8 supaya kelihatan lebih ceria.

Beberapa ahli telah menyapu lorong yang ditaburi oleh dedaun.

Posted at 8:54 pm | Comment (0)

8th January, 2013

Perjumpaan Kali Pertama

Hari ini merupakan kali pertama perjumpaan semua ahli Persatuan Bahasa Malaysia pada tahun 2013.Perjumpaan ini telah diadakan di bilik B8. Sebanyak 27 orang pelajar telah menyertai Persatuan Bahasa Malaysia.Beberapa orang ahli persatuan telah dilantik sebagai ahli-ahli jawatankuasa. Yang berikut merupakan nama ahli-ahli jawatankuasa dan jawatan-jawatan: (Tahun 2013)

Guru Penasihat: Pn. Lim Bee Hua
Pengerusi: Zoey Wong Jia Rou                S5D
Naib Pengerusi: Tan Wan En                  K3A
Setiausaha: Lok Sze Wei                     S5B
Penolong Setiausaha: Ng Sin D               K3B
Bendahari: Aemilia Goh Wei Ying             S5B
Pen.Bendahari: Cheng Zhe Chian              S5B

Ahli AJK:
Ketua Projek Hijau: Toh Xing Yuing          S5C
Ketua Kebersihan: Chee Hui Lin              S5A
Ketua Editor: Chong Yee Wen                 S5A
Pen. Ketua Editor: Lee Jia Xian             K3C
Ketua Papan Kenyataan: Kong Wen Ying  K3A
Wakil Tingkatan 5: Mindy Lim Mim            S5E
Wakil Tingkatan 4: Loh Mei Shee             P4B
Wakil Tingkatan 3: Loo Shi Pei              K3A

Pemilihan ahli-ahli jawatankuasa.
Document

Seterusnya, guru penasihat Persatuan Bahasa Malaysia pula telah memberitahu ahli-ahli persatuan bahawa segala aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun. Selepas itu, perjumpaan kali pula telah bersurai.

Posted at 3:48 pm | Comment (0)