11th July, 2013
26/2 Kesalahan tatabahasa
Persatuan Bahasa Melayu sesi petang telah mengadakan aktiviti mencari kesalahan tatabahasa pada tarikh 26/2/2013 (Selasa).Cikgu Nurul Izzati telah mengajar kami tentang cara mencari kesalahan tatabahasa.Selepas itu,cikgu telah mengadakan kuiz untuk menguji kemahiran mencari kesalahan tatabahasa.Keputusan kuiz sangat memuaskan hati cikgu kerana semua ahli telah meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu.
Ahli-ahli sedang menjawab soalan kuiz dengan perhatian yang sepenuhnya.
Semua ahli sedang berusaha menjawab soalan kuiz.
Posted at 10:38 pm | Comment (0)
11th July, 2013
2/5 potluck
Persatuan Bahasa Melayu sesi petang telah mengadakan aktiviti potluck pada tarikh 2/5/2013 (Selasa) di kantin sekolah.Setiap ahli telah membawa makanan dan minuman ke sekolah masing-masing.Seterusnya,kami menikmati makanan yang dibawa oleh ahli bersama dengan guru penasihat.Selepas menjamu makanan,kami mencuci bekas makanan yang kotor di kantin.
Kami sedang menikmati makanan yang dibawa oleh ahli-ahli.
Kami sedang berbual-bual sambil menjamu makanan.
Kami sedang mencuci bekas makanan yang kotor.
Posted at 10:17 pm | Comment (0)