22nd January, 2014
21/1/2014 Gotong-royong ( sesi pagi)
Pada hari ini,kami telah menjalankan gotong-royong di kelas B8. Tujuan gotong-royong ini ialah supaya kami dapat menjalankan aktiviti dalam keadaan yang selesa dan bersih.Guru penasihat telah membahagikan tugas ahli-ahli kepada lima:
1. Menyapu lantai kelas B8 dan lorong kelas.
2. Mengelap meja-meja.
3. Membersihkan papan hitam dan papan putih.
4. Mengelap komputer.
5. Menghiaskan papan kenyataan yang terdapat di dalam kelas B8.
Kami menggembleng tenaga untuk membersihkan kelas B8 dalam tempoh yang ditetapkan.
Berikut ialah beberapa gambar yang diambil semasa kerja pembersihan diadakan:
Posted at 10:46 pm | Comment (0)
22nd January, 2014
7/1/14 AGM
Hari ini ialah perjumpaan yang pertama bagi Persatuan Bahasa Malaysia sesi pagi.Pada tahun ini,sebanyak 15 orang pelajar telah menyertai persatuan ini.Pada hari ini,ahli-ahli Persatuan BM sesi pagi telah melantik beberapa orang ahli persatuan sebagai ahli jawatankuasa.
nama ahli-ahli jawatankuasa dan jawatan-jawatan (Tahun 2014)
Guru penasihat : Pn. Lim Bee Hua
Pengerusi : Yew Ai Ying (S5A)
Naib Pengerusi : Felicia Chang Wen Si (S5A)
Setiausaha : Lee Miao Lynn (S5B)
Penolong setiausaha : Dorothy Chan (K3B)
Bendahari : Hoo Sue Yuen (S5A)
Penolong bendahari : Teoh Wei Yi (K3D)
Ketua Papan Kenyataan: Yeoh Ee Theng (S5B)
Ketua Projek Hijau : Wong Yee Ling (K3G)
Ketua Editor Buletin : Ooi Mei Mei (K3K)
Wakil Tingkatan 5 : Lim Ching Li ( S5E)
Wakil Tingkatan 3 : Ng Yu Jing ( K3G)
Kemudian,kami telah berbincang tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini bersama guru penasihat.Contohnya, latihan bermain sahibba,gotong-royong,permainan bahasa dan sebagainya.Ahli Persatuan BM telah bersurai pada kira-kira 3 petang.
Posted at 10:17 pm | Comment (0)