17th February, 2014
Permainan Sahibba
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Persatuan Bahasa Melayu sesi petang telah mengadakan perjumpaan kedua pada 28 Januari 2014. dalam perjumpaan kedua, aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti bermain permainan Sahibba.
Permainan Sahibba ialah sejenis permainan membentuk atau membina perkataan berdasarkan uruf-huruf yang terdapat pada jubin. Sebelum ahli-ahli bermain permainan ini, pengerusi telah menerangkan peraturan permainan dan cara pengiraan markah kepada semua ahli. Berikut ialah gambar-gambar yang diambil sewaktu aktiviti dijalankan.
Posted at 9:09 pm | Comment (0)
17th February, 2014
Perjumpaan 18 Februari dibatalkan (sesi petang)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk pengetahuan semua ahli Persatuan Bahasa Melayu sesi petang, perjumpaan kali ke-4 iaitu 18 Februari 2014 terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Perjumpaan ini akan diganti pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sekian. Semoga semua ahli mendapat maklumat ini.
Posted at 9:02 pm | Comment (0)
13th February, 2014
AGM Sesi Petang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Persatuan Bahasa Melayu sesi petang telah mengadakan perjumpaan pertama pada 21 Januari 2014. Dalam perjumpaan pertama, kami telah melantik ahli jawatankuasa bagi sesi 2014 seterusnya merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.
Berikut ialah senarai ahli jawatankuasa yang telah dilantik:
Pengerusi: Lee Jia Xian (S4B)
Naib Pengerusi: Khoo Xiao Shan (K2L)
Setiausaha: Ng Sin D (S4D)
Pen. Setiausaha: Choo Su Ming (K2A)
Bendahari: Tan Wan En (S4A)
Pen. Bendahari: Chang Wen Li (K2D)
Ketua Projek Hijau: Lee Zu Jee (S4B)
Ketua Papan Kenyataan: Kong Wen Ying(S4A)
Ketua Editor: Loy Sing Zhi (P4B)
Penolong Editor: Nur Dayana (K2D)
Wakil T1: Ong Yuan Xian (K1L)
Wakil T2: Koay Xin Yuan (K2F)
Wakil T4: Loo Shi Pei (S4A)
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ialah permainan Sahibba, permainan bahasa, kosa kata, pidato spontan, projek hijau dan sebagainya.
Semoga semua ahli akan sentiasa bersemangat menghadiri perjumpaan. Terima kasih
Posted at 3:50 pm | Comment (0)