11th March, 2014
pertandingan kuiz bahasa(sesi pagi)
Aktiviti kuiz bahasa diadakan pada 11/3/14.Ahli-ahli telah dibahagi kepada beberapa kumpulan.Kertas soalan kuiz tatabahasa telah diedarkan kepada ahli-ahli.Antara soalan merangkumi silang kata, teka-teki,peribahasa dan sebagainya. Pelajar diuji dari aspek intelek , iaitu kemahiran berfikiran aras tinggi.. Pertandingan kuiz ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat dalam pemahaman Bahasa Melayu . Di samping itu, pertandingan ini bertujuan untuk melatih serta mendidik pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
Ahli-ahli menumpukan perhatian untuk membuat kuiz.
Semua ahli terlibat dalam kuiz bahasa secara kumpulan.
Ahli-ahli berusaha untuk memikir jawapan yang paling tepat.
Kumpulan Ooi Mei Mei muncul sebagai pemenang.
Posted at 8:06 pm | Comment (0)
11th March, 2014
permainan sahibba(sesi pagi)
Sahibba ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris).
Kepingnya berbentuk bujur sangkar yang bertuliskan satu huruf pada mukanya. Setiap pemain mengambil sebanyak tujuh buah keping huruf dari kantung, lalu cuba membentuk perkataan secara mendatar atau menurun seperti teka silang kata. Perkataan yang dibentuk harus terdapat dalam kamus am yang berpadan dengan bahasa yang dimainkan. Pemain yang mengumpul jumlah mata tertinggi dijadikan pemenang.
Ahli-ahli mendengar penerangan ringkas pengerusi dan mengemukakan soalan.
Pengerusi memberi penerangan tentang peraturan sahibba kepada ahli-ahli.
Ahli-ahli bermain sahibba dengan menumpukan sepenuh perhatian.
Ahli-ahli bermain sahibba dengan riang dan gembira.
Aktiviti permainan sahibba telah diadakan pada 25/2/14.Inisiatif untuk menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai sesuatu yang menarik boleh dipelbagaikan. Aktiviti permainan bahasa seperti Sahibba berupaya merangsang dan mengekalkan minat agar murid-murid suka akan mata pelajaran Bahasa Melayu secara berterusan. Kegiatan berpersatuan sebenarnya merupakan aktiviti serampang dua mata agar selari dengan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sahibba dapat menambah kosa kata ahili-ahli dan menggalakan mereka mengguna kosa kata bm dengan tepat dan betul.
Posted at 6:48 pm | Comments Off on permainan sahibba(sesi pagi)
10th March, 2014
perjumpaan 11/3/14 seperti biasa(sesi pagi)
Dengan ini dimaklumkan bahawa perjumpaan ketujuh akan dijalankan pada hari esok iaitu 11/3/14 seperti biasa.Aktiviti yang dirancang untuk dijalankan ialah kuiz tatabahasa.
Posted at 3:01 pm | Comment (0)
8th March, 2014
potluck (SESI PAGI)
Perjumpaan kali keempat telah diadakan pada 11/2/14.pada perjumpaan kali ini kami telah malakukan aktiviti potluck. ahli-ahli telah membawa makanan yang sedap belaka seperti cheese cake, 100 plus, kacang , makanan ringan dan biskut untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan guru. Melalui aktiviti seperti ini hubungan silaturahim warga sekolah dapat dieratkan. aktiviti potluck telah memberi peluang kepada ahli untuk saling berkenalan dan membina hubungan yang mesra untuk memastikan aktiviti seterusnya dapat dijalan dengan lancar. Selepas itu, ahli telah bekerjasama membersihkan kawasan kantin .Nilai perpaduan dapat dipupuk secara tidak langsung.
Posted at 11:41 am | Comment (0)