21st April, 2014
Perjumpaan ke-10(sesi pagi)
Dengan ini dimaklumkan bahawa perjumpaan kali ke-10 akan djalankan pada hari esok iaitu 22/4/14.tempat perjumpaan akan dialihkan ke bilik aktiviti. Tolong maklumkan kepada kawan anda .sekian.
Posted at 3:36 pm | Comment (0)
15th April, 2014
Aktiviti berpidato(sesi pagi)
Perjumpaan kali ke-9 telah diadakan pada 8/4/14.Aktiviti yang dilakukan ialah berpidato.Semua ahli yang hadir diwajib untuk mengambil bahagian dalan aktiviti berpidato.Aktiviti berpidato dilakukan dalam bentuk pertandingan supaya ahli-ahli menunjukkan keupayaan berpidato dengan bersungguh-sungguh.Tajuk akan diberikan oleh pengerusi 3 minit sebelum giliran ahli untuk bertandang ke depan . Antara tajuk yang diberi ialah faedah bersenam ,amalan gaya hidup sihat, cara-cara membina hubungan yang harmonisn antara keluarga dan sebagainya.Melalui aktiviti ini, ahli-ahli diberi peluang untuk menunjukkan kepetahan berpidato dan sifat berani mmenyampaikan idea diri di khalayak ramai dipupuk.Lim ching li telah muncul sebagai juara dengan tajuknya amalan gaya hidup sihat, malah Ooi Mei Mei mendapat tempat kedua dan Hoo Sue Yuen mendapat tempat ketiga.Semua pemenang diberi sebuah hadiah misteri sebagai galakkan kepada mereka.Aktiviti dijalankan dengan lancar atas kerjasama semua pihak.
Posted at 3:27 pm | Comment (0)
7th April, 2014
Perjumpaan kali 9 seperti biasa (sesi pagi)
Dengan ini dimaklumkan bahawa perjumpaan kali ke-9 akan djalankan seperti biasa pada hari esok iaitu 8/4/14.
Posted at 3:55 pm | Comment (0)
3rd April, 2014
Perjumpaan kali ke-8 Permainan Sahibba(18/3/14)
Perjumpaan Persatuan Bahasa Malaysia telah diadakan pada 18/3/14 di bilik b8.Aktiviti yang dijalankan pada perjumpaan kali ini ialah permainan sahibba.Tujuan permainan sahibba adalah untuk mempertingkat kosa kata murid dalam Bahasa Malaysia sementara mengasah minda para ahli supaya mempunyai kemahiran berfikir asas yang tinggi.
Ahli-ahli Persatuan Bahasa Malaysia berkumpul di dalam kelas B8.Ahli-ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memulakan permainan sahibba.Setelah penerangan tentang peraturan dan cara-cara mengira markah,para ahli pun memulakan permainan sahibba.Aktiviti dijalankan dalam keadaan gembira dan riang.
Posted at 7:44 pm | Comment (0)