30th January, 2015

Gotong-Royong ( Sesi Petang)

Pada 27 Januari (Selasa), Persatuan BM sesi petang mengadakan aktiviti gotong-royong di dalam bilik B8. Selepas semua ahli tiba, semua ahli pun mula membahagikan kerja. Sesetengah murid menyapu lantai, ada yang mengelap kerusi dan meja dan ada juga yang menghias papan kenyataan. Aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar dan semua ahli memberi komitmen yang tinggi. Guru Penasihat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah membantu. Sesungguhnya “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.  Berikut merupakan gambar yang diambil sewaktu aktiviti tersebut dijalankan.

IMG-20150128-WA0022IMG-20150128-WA0009IMG-20150128-WA0016

 

IMG-20150128-WA0017IMG-20150128-WA0036

 

 

IMG-20150128-WA0014IMG-20150128-WA0006

 

 

Posted at 10:46 am | Comment (0)

28th January, 2015

Latihan Bina Ayat

Sewaktu perjumpaan pertama juga, aktiviti lain yang dijalankan ialah latihan membina ayat. Dalam aktiviti ini, syarat untuk membina ayat ialah ayat mesti dibina daripada huruf dari  perkataan yang dipilih.

Guru memberi contoh perkataan PERTANDINGAN. Dalam perkataan ini, terdapat huruf P,E,R,T,A,N,D,I,G. Maka contoh ayat yang boleh dibina ialah:

1. Perit nian penantian ini.

2.Ini tanda penderaan.

3. Ini negara India.

4. Tangga ada di dinding ini.

5. Ini tangan dan dada naga.

6. Ini gigi anda.

7. Angan-angan dia tiada tandingan.

 

Pelajar terbaik bagi aktiviti ini ialah See Pei Fen dari Kelas K2D. Perkataan yang dipilihnya ialah BERTANGGUNGJAWAB

IMG_20150126_190100IMG_20150126_190142

 

IMG_20150120_120954.

Ayat yang mampu dibinanya ialah sebanyak tujuh ayat.

 

Posted at 8:33 am | Comment (0)

26th January, 2015

Perjumpaan Kedua (sesi petang)

Pengumuman:

Perjumpaan kedua bagi sesi petang akan diadakan seperti yang dirancang, iaitu pada 27 Januari 2015 di Bilik B8. Semua ahli diwajibkan hadir.

Posted at 4:09 pm | Comment (0)

26th January, 2015

Perjumpaan Pertama (sesi petang)

Persatuan Bahasa Melayu sesi petang telah mengadakan perjumpaan pertama pada hari Selasa, 20 Januari 2015. Pada tahun ini, guru penasihat bagi sesi petang masih guru yang sama, iaitu Puan Nurul Izzati. Keahlian pada tahun ini tidak memberangsangkan, hanya seramai 14 orang ahli sahaja.

Berikut ialah senarai ahli pada tahun ini:

Bil . Nama Kelas No.Sekolah
1 Ong Yuan Xiau K2L 14316
2 Ooi Zhanwei K2A 14050
3 Tan Chin Qi K2F 14055
4 See Pei Fen K2D 14104
5 Teoh Wei Yi S4D 12069
6 Khor Tsu Ming S4F 12311
7 Yeoh Zhi Ying P4B 12300
8 Jane Ooi Qing Er S4A 12012
9 Wong Yee Ling S4D 12203
10 Ng Yu Jing S4F 12224
11 Nicole Chong Sue Lynn S4D 12353
12 Annie Ooi Jie Yi S4F 12238
13 Lim Qiao En S4F 12252
14 Tan Kai Ying P4D 12433

 

Aktiviti yang diadakan pada perjumpaan pertama ialah pelantikan ahli jawatankuasa bagi sesi 2015. Pada perjumpaan pertama juga, kami menentukan tarikh perjumpaan seterusnya. Aktiviti pada hari itu berjalan lancar. Berikut ialah gambar-gambar yang diambil sewaktu pelantikan ahli jawatankuasa.

 

IMG_20150120_120533 IMG_20150120_115505 IMG_20150120_115530 IMG_20150120_115913

Perjumpaan seterusnya adalah pada 27 Januari 2015.

Posted at 4:03 pm | Comment (0)