26th February, 2015

PERKONGSIAN PUISI BERTAJUK “PENGECUT”

Kita dikejutkan dingin subuh

yang berlari melihat sinar fajar

memancar mambalut kabus pagi.

 

Kita dihuni “pengecut”

beranak-pinak

menggertak kotak hati

membakar mata fikiran

ngeri mengenggam bara kegagalan.

 

Kita penakut!

Kita pengecut!

“Di sini pedang kegagalan

di sana sarang kehancuran!”

Monolog itu berkocak

membaham ganas keinginan.

 

Mengapakah tidak dicuba?

Mengusung selaut ikhtiar

berjuang membunuh “pengecut”

menghancurkan jasad kegagalan.

 

Pengecut hanya rupa bayang-bayang

kegagalan sebagai nadi pertama perjuangan.

 

Ubahlah kata kita

jadi seperti mata air

mengalir terus-terusan

menyimbah tasik lautan

agar tidak kering disedut kemarau panjang.

 

[Oleh Jelison Jupin]

[Dipetik daripada majalah Dewan Siswa jilid 37 bil 1 BHG Puisi Siswa]

 

Posted at 10:43 pm | Comment (0)

9th February, 2015

Pengumuman

Perhatian kepada semua ahli Persatuan BM sesi petang,

perjumpaan seterusnya akan diadakan pada 17 Februari 2015. Harap maklum.

Posted at 11:20 am | Comment (0)