28th January, 2015
Latihan Bina Ayat
Sewaktu perjumpaan pertama juga, aktiviti lain yang dijalankan ialah latihan membina ayat. Dalam aktiviti ini, syarat untuk membina ayat ialah ayat mesti dibina daripada huruf dari perkataan yang dipilih.
Guru memberi contoh perkataan PERTANDINGAN. Dalam perkataan ini, terdapat huruf P,E,R,T,A,N,D,I,G. Maka contoh ayat yang boleh dibina ialah:
1. Perit nian penantian ini.
2.Ini tanda penderaan.
3. Ini negara India.
4. Tangga ada di dinding ini.
5. Ini tangan dan dada naga.
6. Ini gigi anda.
7. Angan-angan dia tiada tandingan.
Pelajar terbaik bagi aktiviti ini ialah See Pei Fen dari Kelas K2D. Perkataan yang dipilihnya ialah BERTANGGUNGJAWAB
Ayat yang mampu dibinanya ialah sebanyak tujuh ayat.
Posted at 8:33 am | Comment (0)
Add a Comment
You must bee logged in to post a comment.