30th January, 2015
Gotong-Royong ( Sesi Petang)
Pada 27 Januari (Selasa), Persatuan BM sesi petang mengadakan aktiviti gotong-royong di dalam bilik B8. Selepas semua ahli tiba, semua ahli pun mula membahagikan kerja. Sesetengah murid menyapu lantai, ada yang mengelap kerusi dan meja dan ada juga yang menghias papan kenyataan. Aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar dan semua ahli memberi komitmen yang tinggi. Guru Penasihat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah membantu. Sesungguhnya “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Berikut merupakan gambar yang diambil sewaktu aktiviti tersebut dijalankan.
Posted at 10:46 am | Comment (0)