31st August, 2015
Satu Hari, Satu Peribahasa [16]
16]Bagai menulis di atas air
Maksud : Melakukan perkerjaan yang sangat sukar atau membawa mustahil secara hasil.
Posted at 5:02 pm | Comment (0)
31st August, 2015
Satu Hari, Satu Peribahasa [15]
15]Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Maksud:Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan
Posted at 4:47 pm | Comment (0)
31st August, 2015
Satu Hari, Satu Peribahasa [14]
14]Dapat sama laba, cicir sama rugi
Maksud: Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama
Posted at 4:44 pm | Comment (0)
31st August, 2015
Satu Hari, Satu Peribahasa [13]
13]Akar umbi
Maksud: -Akar tunjang
-Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
-Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti
Posted at 4:42 pm | Comment (0)
31st August, 2015
HARI KEBANGSAAN 2015 #SEHATISEJIWA
Demi… tanah yang bertuah
Taman… cinta merdeka..aa
Kasih… di hatiku ini
Untukmu… tanah pertiwi…ii
Dari… utara selatan
Juga… timur ke barat
Turut gagah… Sabah Serawak
Sehati Sejiwa
Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa
Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya.
Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu
Sehati sejiwa
Malaysia Kekal Sejahtera…
Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!
Posted at 4:34 pm | Comment (0)
31st August, 2015
HARI KEMERDEKAAN 2015
Kepada seluruh warga Malaysia,
Sehati dan sejiwa.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!
Malaysia,negaraku tercinta.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.
Posted at 4:27 pm | Comment (0)
20th August, 2015
Satu Hari, Satu Peribahasa [12]
12]di mana ada kemahuan,di situ ada jalannya
Maksud:Seandainya seseorang itu mempunyai cita-cita atau kemahuan yang tinggi terhadap sesuatu perkara dan berusaha keras memperolehnya,maka nescaya dia akan menemukan kaedah atau jalan yang terbaik untuk merealisasikan cita-cita atau kemahuan tersebut.
Posted at 11:51 pm | Comment (0)
20th August, 2015
Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5 Tahun 2015
Khas buat semua senior Persatuan Bahasa Malaysia Tingkatan 5,
Kami ingin mengambil peluang ini dan mengucapakan selamat mencuba & semoga berjaya dalam peperiksaan percubaan yang akan datang ini.Selamat mencuba,senior.Semoga semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.
Khas daripada,
Semua ahli
Persatuan Bahasa Malaysia
Sesi Pagi & Petang
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 11:44 pm | Comment (0)
20th August, 2015
HARI KEMERDEKAAN 2015
Kepada semua warga sekolah dan masyarakat,
Sempena dengan hari yang mulia ini,Persatuan Bahasa Malaysia ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan dengan penuh ceria dan gembira.Malaysia,negaraku tercinta.
#sehatidansejiwa#
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.
Sesi Pagi & Petang
Posted at 11:36 pm | Comment (0)
20th August, 2015
Satu Hari, Satu Peribahasa [11]
11]Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa sakitnya
Maksud: Kesakitan,kesusahan,penderitaan atau kezaliman yang dilakukan terhdap sesuatu pihak akan turut ditanggung oleh pihak yang rapat hubungan dengan mangsa tindakan tersebut.
Posted at 11:24 pm | Comment (0)