20th August, 2015

Satu Hari, Satu Peribahasa [12]

12]di mana ada kemahuan,di situ ada jalannya

Maksud:Seandainya seseorang itu mempunyai cita-cita atau kemahuan yang tinggi terhadap sesuatu perkara dan berusaha keras memperolehnya,maka nescaya dia akan menemukan kaedah atau jalan yang terbaik untuk merealisasikan cita-cita atau kemahuan tersebut.

Posted at 11:51 pm | Comment (0)

20th August, 2015

Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5 Tahun 2015

Khas buat semua senior Persatuan Bahasa Malaysia Tingkatan 5,

Kami ingin mengambil peluang ini dan mengucapakan selamat mencuba & semoga berjaya dalam peperiksaan percubaan yang akan datang ini.Selamat mencuba,senior.Semoga semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Khas daripada,
Semua ahli
Persatuan Bahasa Malaysia
Sesi Pagi & Petang
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 11:44 pm | Comment (0)

20th August, 2015

HARI KEMERDEKAAN 2015

Kepada semua warga sekolah dan masyarakat,

Sempena dengan hari yang mulia ini,Persatuan Bahasa Malaysia ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan dengan penuh ceria dan gembira.Malaysia,negaraku tercinta.

#sehatidansejiwa#

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.
Sesi Pagi & Petang

Posted at 11:36 pm | Comment (0)

20th August, 2015

Satu Hari, Satu Peribahasa [11]

11]Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa sakitnya

Maksud: Kesakitan,kesusahan,penderitaan atau kezaliman yang dilakukan terhdap sesuatu pihak akan turut ditanggung oleh pihak yang rapat hubungan dengan mangsa tindakan tersebut.

Posted at 11:24 pm | Comment (0)