23rd February, 2017
Gotong-Royong 2017 [Perjumpaan Ke-4 Sesi Petang]
Pada 21 Februari 2017, iaitu kali perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu yang keempat, persatuan kami telah mengadakan aktiviti gotong-royong.
Tujuan penganjuran aktiviti gotong-royong:
- Untuk memupukkan sikap bekerjasama dalam sahsiah pelajar-pelajar
- Untuk membersihkan kawasan persekitaran supaya pelajar-pelajar dapat belajar dalam suasana yang ceria,bersih, dan selesa.
Aktiviti gotong-royong tersebut telah disertai oleh semua anggota persatuan BM. Ahli-ahli persatuan telah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk membersihkan kawasan persekitaran. Sehubungan dengan itu, aktiviti gotong-royong tersebut telah dijayakan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua anggota persatuan.
Sekian sahaja buat kali ini.
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 11:42 pm | Comment (0)
16th February, 2017
Permainan Sahibba [Perjumpaan Ke-3 Sesi Petang]
Hari ini, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan kali ketiga pada hari Selasa, 14 Februari 2017.Aktiviti yang dijalankan hari ini ialah permainan Sahibba.
Sila membenarkan saya menjelaskan apakah itu Sahibba?
– SAHIBBA ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang.
– Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan dalam kedudukan yang menguntungkan.
– Objektif permainan adalah untuk mendapat markah tertinggi.
Permainan Sahibba ini memeang menerima sambutan yang hangat daripada murid-murid memandangkan ahli-ahli persatuan kami bermain dengan seronok.Permainan ini bukan sahaja dapat meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu dalam kalangan pelajar , bahkan juga dapat meningkatkan penguasaan dan pengembangan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.
Sekian sahaja buat kali ini.
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 12:45 am | Comment (0)
12th February, 2017
Senarai Ahli Jawatankuasa [Sesi Pagi] Tahun 2017
AJK Persatuan Bahasa Malaysia 2017(Sesi Pagi)
Guru Penasihat:Cikgu Goo Ching Ching
Pengerusi:Choo Su Ming(S5A)
Naib Pengerusi:Lim Mei Xian(S5F)
Setiausaha:Ho Jia Qi(S5D)
Naib Setiausaha:Chuah Wan Yong(S5J)
Bendahari:Kheoh Sin Yee(S5H)
Naib Bendahari:Chang Wen Li(S5C)
Ketua Papan Notis:Tan Hui Hui(K3B)
Ketua Projek Hijau:Yee Ling Ching(K3F)
AJK Blog:Wong Yi Ling(K3H)
Wakil Tingkatan 3:Tan Yen Xin(K3A)
Wakil Tingkatan 5:Khaw Joe Lynne(S5E)
‘BAHASA JIWA BANGSA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 11:57 am | Comment (0)