3rd April, 2019

Permainan Peribahasa [ Perjumpaan Ke-4 Sesi Pagi ]

Pada 29 Januari 2019, hari Selasa, Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan perjumpaan kali keempat di Bilik B8. Aktiviti dijalankan pada hari ini adalah permainan peribahasa.

Dengan adanya pengajaran dan pembelajaran peribahasa yang menarik dan berkesan, kemahiran berbahasa para murid akan dapat dipertingkatkan. Oleh itu, cikgu telah menyediakan kad-kad permainan peribahasa untuk dimainkan bersama-sama.

Ahli-ahli persatuan telah diberikan kepada tiga kumpulan . Setiap kumpulan memilih satu ahli untuk melukis gambar yang berkaitan dengan maksud terhadap kad yang disediakan dan seterusnya akan ditekakan oleh kumpulan-kumpulan. Markah yang tertinggi boleh mendapatkan hadiah yang diberikan oleh cikgu. Peribahasa bukan sahaja boleh digunakan dalam penulisan ayat atau karangan tetapi juga digalakkan untuk menggunakannya semasa kita bertutur.

Setelah perbincangan kumpulan, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Malaysia.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Posted at 10:14 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.