14th April, 2019
Permainan Tradisional [ Perjumpaan Ke-9 Sesi Pagi ]
Pada 2 April 2019, hari Selasa, Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan perjumpaan kali kesembilan di Bilik B8. Aktiviti dijalankan pada hari ini adalah permainan tradisional.Sebahagian ahli persatuan telah menyediakan permainan tradisional yang disuruhkan cikgu seperti batu seremban, congkak, dan main lidi. Sebelum memulakan permainan ini, cikgu telah menerangkan tentang cara bermain permainan tradisional masing-masing.
Melalui kata-kata cikgu, batu seremban ini memerlukan fokus yang sangat tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk membaling dan menangkap semula batu yang dibaling itu manakala permainan congkak pula memerlukan pergerakan tangan, pergelangan tangan dan jari jemari tangan yang cekap untuk bermain. Selain itu, bermain lidi juga memerlukan teknik tertentu serta tahap fokus yang tinggi untuk mengambil lidi daripada timbunan lidi tanpa menggerakkan lidi-lidi lain.
Ahli-ahli persatuan telah mengenali dan mempelajari tentang permainan tradisional tesebut.Setelah perbincangan kumpulan, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.
Posted at 7:20 pm | Comment (0)
Add a Comment
You must bee logged in to post a comment.