6th April, 2015

Perkongsian puisi bertajuk “Penawar Resah”

Sakit-sakitan

menderu keluh

tangis nestapa

reda tiada sudah.

 

Sakit-sakitan

menguji iman

sabar tercalar

cekal menyepi.

 

Haruskah dijaja

mendamba simpati

mencuri prihatin

menagih empati.

Merintih syahdu

hanya kepada Dia

pendengar setia

empunya alam.

 

Gelisah lesap

meresap hilanh

terpadam gusar

damai bertandang.

 

[Dipetik dari majalah dewan siswa bil.4/2015 muka surat 17]

[oleh:Adli Abdullah]

Posted at 9:34 pm | Comment (1)


1 Comment

  1. On April 17, 2015 at 6:11 PM persbm.ppc@smjk.edu.my said:

    April 17, 2015 at 6:11 PM

    Terima kasih atas perkongsian ini.Saya amat menyukai puisi karya penulis tersebut.Saya amat kagumi beliau.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.