9th July, 2015

Rinduan Buat Guruku Tercinta

Khas buat semua guru SMJK Perempuan China Pulau Pinang:

Salam rinduan buat guruku
Yang pernah bersusah payah
Mengajar aku ilmu dan iman
Pada zaman persekolahan

Salam rinduan buat guruku
Yang pernah mencurah baktinya
Membuka hatiku menceriakan aku
Pada masa kecilku

Salam rinduan buat guruku
Yang pernah berkemelut dengan kerenah aku
Membimbing aku sehingga ke menara gading
Pada satu zaman dahulu

Salam rinduan buat guruku
Yang pernah memberi tunjuk ajar
Membawa aku ke jalan yang benar
Pada zaman remajaku

Salam rinduan buat guruku
Semangatmu telah menerangiku
Guru engkaulah inspirasiku
Aku bertekad menjadi seorang guru
Setabah dan seikhlas hatimu
Menerangi orang lain
Walau apa-apa jua halangan.

Khas daripada,
Ooi Mei Mei
Ahli Persatuan Bahasa Malaysia
Sesi Pagi
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 6:21 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.