5th July, 2017

Menulis nilam yang berformat baru[Perjumpaan Ke-7 Sesi Pagi]

Pada Mac 28,hari Selasa,Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan perjumpaan kali ketujuh di Bilik B8 dan perpustakaan.Aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah menulis nilam yang berformat baru.

Pertama sekali,guru penasihat telah menerangkan cara menulis nilam yang berformat baru di bilik B8.Semua ahli mendengar dengan teliti semasa guru menerangkan.Setelah memastikan semua ahli memahami tentang nilam yang berformat baru,kami pergi ke perpustakkan untuk menulis nilam.

Ahli-ahli menulis sekurang-kurangnya empat muka surat nilam yang berformat baru di bawah pengawasan guru penasihat.

Perjumpaan kali ini telah banyak memberikan banyak  manfaat kepada ahli-ahli .Kemudian, kami telah bersurai pada pukul 3 petang.

 

‘SEHATI SEJIWA’

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 5:09 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.