20th July, 2017

Perbincangan tentang Hari Kepimpinan dan Majlis Perpisahan 2017[Perjumpaan Ke-11 Sesi Petang]

Pada 18 Julai 2017, iaitu hari Selesa, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan kali kesebelas. Persatuan kami telah menjalankan perbincangan tentang Hari Kepimpinan dan Majlis Perpisahan persatuan kami. Hal ini demikian kerana persatuan kami berperanan untuk menjual makanan dan minuman pada Hari Kepimpinan.

Guru penasihat kami, iaitu  Puan Nurul Izzati telah memberikan kami panduan yang jelas tentang tanggungjawab kami pada hari tersebut. Setiap ahli persatuan diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka tentang jenis makanan yang boleh kami jualkan. Kemudian, kami mencapai permuafakatan dan mengambil keputusan untuk menjual jus dan kertih jagung pada hari itu.

Selain itu, kami juga menetapkan kantin sebagai lokasi untuk mengadakan majlis perpisahan.

Musyawarah kali ini sangat berjaya memandangkan kami telah mencapai permuafakatan.Kemudian, kami telah bersurai pada pukul 12.50 pm.

‘SEHATI SEJIWA’

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 2:09 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.