21st February, 2018

Permainan Bahasa (Perjumpaan Ke-3 Sesi Petang)

Pada 4 Feb 2018, iaitu hari Selesa, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan kali ketiga.Aktiviti yang dijalankan kali ini adalah permainan bahasa.

Permainan bahasa pertama ialah ‘Lukis dan Teka’.Pengerusi memberi penerangan tentang ‘Lukis dan Teka’ kepada setiap ahli lalu membahagikan ahli-ahli kepada dua kumpulan.Peserta diminta melukis perkataan atau ayat yang diberikan dan ahli yang lain perlu meneka.

Permainan yang seterusnya ialah ‘Lakon Peribahasa’.Ahli-ahli dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan berdiri di hadapan lalu berlakon peribahasa secara bergilir-giliran.Ahli-ahli lain menunjukkan semangat dan minat yang tinggi sepanjang permainan dijalankan,mereka aktif mencuba dan menjawab.

Masa hampir tamat,pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama ahli-ahli persatuan.

 

‘BAHASA JIWA BANGSA’

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Posted at 10:00 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.