30th April, 2015

Perkongsian Puisi Siswa “KEPERCAYAAN”

Engkau mungkin tidak percaya

setiap bilangku engkau anggap salah

setiap kataku engkau salah dusta

setiap baitku engkau ambil mudah.

 

Sudah acap kali aku jelaskan

cukup terang untuk engkau fahami

engkau yang selalu aku utamakan

engkau tang satu di dalam hati.

 

Mengapa masih engkau persoalkan

tentang kejujuran dan kebenaran

masih tiada lagikah keyakinan

dalam perhubungan.

 

 

[Dipetik  daripada majalah dewan siswa bil 10.2013]

Posted at 10:23 pm | Comment (0)

30th April, 2015

Satu Hari, Satu Peribahasa [9]

9] Bertemu buku dengan ruas

 

Maksud: sesuai benar/bertemu lawan yang sama-sama handal

Contoh ayat: Selama ini Balkis bangga dengan kehandalannya berpidato di sekolahnya tetapi kini dia bertemu buku dengan ruas apabila Aminah yang baru berpindah ke sekolah itu juga bijak berpidato.

Posted at 10:16 pm | Comment (0)

29th April, 2015

Bahasa Bunga untuk Penulisan Karangan

1]hambatan -halangan,kekangan,rintangan

2]lumrah-biasa

3]rakus-tamak

4]pelosok-sudut

5]bengis-marah

6]remeh-tidak penting

7]entiti-kewujudan

8]mentaliti-pemikiran

9]kemantapan-keutuhan

10]kejumudan-kebodohan

11]senario-keadaan

 

 

Semoga sedikit perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada semua.Semoga berjaya!

 

Posted at 9:23 pm | Comment (0)

29th April, 2015

Satu Hari, Satu Peribahasa [8]

8] Pukul anak sindir menantu

 

Maksud: memarahi  seseorang tetapi sebenarnya kemarahaan itu ditujukan kepada orang lain

Contoh ayat: Mak cik Siti memarahi anaknya tetapi sebenarnya kata-kata sindiran itu ditujukan kepada anak jirannya,umpama pukul anak sindir menantu.

Posted at 9:11 pm | Comment (0)

29th April, 2015

Satu Hari, Satu Peribahasa [7]

7]Tiada gading yang tidak retak

 

Maksud: Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang itu tentu ada cacatnya

Contoh ayat: Ismail mendapati reka bentuk rumah itu sangat cantik dan harganya juga berpatutan.Walaupun beberapa kekurangan pada rumah itu,dia tetap membelinya kerana dia berpendapat bahawa tiada gading yang tidak retak.

Posted at 8:58 pm | Comment (0)

29th April, 2015

SESI PENGAMBARAN FOTO AJK TAHUN 2015

PERINGATAN:

PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN BAHASA MALAYSIA

SESI PAGI & PETANG

 

Dengan ini dimaklumkan sesi pengambaran foto untuk majalah sekolah akan diadakan pada 5.05.2015 jam 11.20 pagi di dewan sekolah.Sila memakai uniform sekolah.Kehadiran semua ahli jawatankuasa adalah diwajibkan.Harap maklum.

Posted at 8:44 pm | Comment (1)

25th April, 2015

Satu Hari,Satu Peribahasa (6)

6)seperti udang rebus

 

Maksud:orang yang berkulit putih menjadi kemerah-merahan kerana terkena cahaya matahari terik.

Contoh ayat:Kulit muka See Min seperti udang rebus kerana lama berjemur di tengah padang semasa hari sekolahnya.

Posted at 10:15 pm | Comment (0)

25th April, 2015

Satu Hari,Satu Peribahasa (5)

5)JIka pandai menggunting,hendaklah pandai menjahitnya

 

Maksud:kerja yang dimulai tidak wajar dibiarkan terbengkalai

Contoh ayat:Choy Sim meneruskan kerja yang telah dimulainya sehingga selesai kerana dia sedar bahawa jika pandai menggunting,hendaklah pandai menjahitnya.

Posted at 10:10 pm | Comment (0)

17th April, 2015

Pertandingan Sahibba Tingkatan 3 (Peringkat Sekolah)

Pada hari Selasa yang lalu,Panitia Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang telah menganjurkan Pertandingan Sahibba Peringkat Sekolah untuk pelajar Tingkatan 3.Pertandingan ini telah dibantu oleh ahli-ahli Persatuan Bahasa Malaysia kami untuk menjayakannya.Pertandingan ini telah menerima banyak sambutan daripada para peserta.

Berikut adalah sedikit gambar semasa pertandingan dijalankan:

Peserta sedang bermain sahibah

Pelajar Tingkatan 5 menjadi hakim

Keadaan semasa pertandingan sahiba

(more…)

Posted at 8:34 pm | Comments (2)

17th April, 2015

Perjumpaan kali ke-8 (sesi pagi)

PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI SESI PAGI:

Dengan ini dimaklumkan bahawa perjumpaan yang seterusnya akan diadakan pada hari selasa yang akan datang iaitu pada 21.04.2014 di bilik B8.Kehadiran semua adalah diwajibkan.Sekian,harap maklum.

Posted at 6:09 pm | Comment (0)