6th April, 2015
Satu Hari,Satu Peribahasa [1]
1]bagai aur dengan tebing
Maksud: gambaran hubungan dua pihak atau lebih,yang saling memerlukan diumpamakan dengan aur dengan tebing
Contoh ayat: Dalam menghadapi sesuatu permasalahan kehidupan,kita perlu bersikap aur dengan tebing demi kebaikan semua pihak.
Posted at 9:44 pm | Comment (0)
6th April, 2015
Perkongsian puisi bertajuk “Penawar Resah”
Sakit-sakitan
menderu keluh
tangis nestapa
reda tiada sudah.
Sakit-sakitan
menguji iman
sabar tercalar
cekal menyepi.
Haruskah dijaja
mendamba simpati
mencuri prihatin
menagih empati.
Merintih syahdu
hanya kepada Dia
pendengar setia
empunya alam.
Gelisah lesap
meresap hilanh
terpadam gusar
damai bertandang.
[Dipetik dari majalah dewan siswa bil.4/2015 muka surat 17]
[oleh:Adli Abdullah]
Posted at 9:34 pm | Comment (1)
6th April, 2015
Gotong-royong [sesi pagi]
Pada 27 Januari 2015,Persatuan Bahasa Melayu sesi pagi telah mengadakan gotong-royong bersama-sama.Aktiviti ini telah disertai oleh semua ahli persatuan.Pada hari tersebut,pengerusi telah membahagikan kerja membersih bilik b8 kepada semua ahli dengan teratur.Semua ahli telah berganding bahu membersihkan bilik tersebut.Ada sebahagian daripada ahli menolong mengelap meja,papan putih dan sebagainya supaya bilik ini menjadi bersih dan kemas.Justeru,pelajar atau guru yang menggunakan bilik tersebut akan berasa gembira dan dapat menjalankan pelajaran dan pembelajaran dengan baik.
Gotong-royong pada hari tersebut telah berjalan dengan lancar.Guru penasihat telah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua ahli.Syabas juga diucapkan kepada semua ahli.Kerjasama semua amat kami hargai.Terima kasih sekali lagi.
Posted at 9:03 pm | Comments (2)
6th April, 2015
Perjumpaan kali ke-6 [sesi pagi]
PENGUMUMAN:
PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI SESI PAGI:
Dimaklumkan bahawa perjumpaan seterusnya akan diadakan pada hari esok iaitu 7.04.2015 [selasa] di bilik B8.Kehadiran semua ahli adalah diwajibkan.Sila membawa bersama kad hijau anda.Untuk ahli yang tidak dapat hadir ke perjumpaan sila sertakan sepucuk surat kepada setiausaha atau guru penasihat pada keesokan hari.Harap maklum.
Terima Kasih.
Posted at 8:31 pm | Comment (0)
6th April, 2015
Pengumuman
Pengumuman:
Perhatian kepada semua ahli Persatuan BM sesi petang,
Perjumpaan pada 7 April dibatalkan. Perjumpaan seterusnya akan diadakan pada 14 April 2015.
Sekian.
Posted at 11:55 am | Comment (0)