14th October, 2015

Perkongsian Panduan di Dewan Peperiksaan

Panduan 1 : Datang awal dengan Persediaan Rapi
Panduan 2 : Bersikap tenang dan yakin pada diri sendiri
Panduan 3 : Membaca soalan dengan teliti
Panduan 4 : Analisis soalan dengan teliti
Panduan 5 : Menentukan strategi menjawab soalan
Panduan 6 : 10 peratus waktu untuk memeriksa jawapan
Panduan 7 : Berdoa agar diberikan kejayaan

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada semua calon.

Posted at 1:15 pm | Comment (0)

14th October, 2015

Perkongsian Puisi Moden-Catatkan Sesuatu Buat Diriku

Sahabat
Ambillah kertas dan pena ini
catatkan sesuatu buat diriku
tentang hipokrit yang bisa membakar diri
tentang keegoan yang bisa menjadi belati
atau tentang keterlanjuran yang bisa merobek
hati
agar aku tidak akan lemas
dan hanyut di laut pesona.

Sahabat
Ambillah kertas dan pena ini
catatkan sesuatu buat diriku
tentang malam dan jelingan rembulan
agar aku dapat memaknakan heningnya
atau tentang siang dan sinaran mentari
agar aku dapat membezakan
antara tutur bicara dengan warna alam.

Semoga terhibur.

[dipetik daripada majalah dewan siswa bulan Oktober 2015]

Posted at 12:36 pm | Comment (0)

14th October, 2015

Pentaksiran Tingkatan 3 [PT3]

Khas buat semua ahli Tingkatan 3 dan semua calon PT3,

Persatuan Bahasa Malaysia mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menjawab kepada semua calon PT3.Semoga anda semua mencapai keputusan yang diimpikan selama ini.Selamat menjawab!

Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
Sesi Pagi & Sesi Petang
SMJK Perempuan Cina Pulau Pinang.

Posted at 12:17 pm | Comment (0)