28th March, 2017
Pembacaan Buku Ilmiah di Perpustakaan [Perjumpaan Ke-5 Sesi Petang]
Pada 28 Mac 2017, iaitu kali perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu yang kelima, persatuan kami telah mengadakan perjumpaan di perpustakaan sekolah.Semua ahli persatuan telah dikehendaki untuk melengkapkan borang NILAM selepas membaca buku yang berbahasa melayu. Kemudian, borang-borang NILAM tersebut telah ditandatangani oleh guru penasihat kami, iaitu Puan Nurul Izzati.
Tujuan perjumpaan kali ini:
- Untuk menggalakkan pelajar-pelajar supaya membaca buku-buku ilmiah yang berbahasa melayu
- Untuk mengisi ilmu di dada pelajar-pelajar dan menambah pengetahuan mereka
Perjumpaan kali ini telah memberikan peluang kepada ahli persatuan kami untuk mendekatikan diri dengan sastera bahasa melayu. Ini membolehkan mereka memahami bahawa budaya dan identiti Malaysia yang unik melalui karya-karya sastera bahasa melayu tersebut.Kemudian, kami telah bersurai pada pukul 12.50 pm
‘SEHATI SEJIWA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 11:22 pm | Comment (0)