5th July, 2017
Latihan Tatabahasa[Perjumpaan kali ke-10 Sesi Pagi]
Pada 4 Julai ,hari Selasa,Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan perjumpaan kali kesepuluh di Bilik B8.Pada hari itu,guru penasihat telah mengedarkan latihan tatabahasa kepada ahili-ahli.
Setiap ahli pun bermula berjawab pada pukul 1.45pm.Semua ahli telah menyiapkan latihan dalam masa yang ditentu.Selepas perbincangan,semua ahli telah mempelajari banyak tatabahasa.
Perjumpaan kali ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada ahli-ahli.Selepas itu,semua ahli telah bersurai pada 3 petang.
‘SEHATI SEJIWA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.
Posted at 5:51 pm | Comment (0)
5th July, 2017
Perbincangan Leadership Day[Perjumpaan kali ke-9 Sesi Pagi]
Pada 20 Mei,hari Selasa,Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan perjumpaan kali kesembilan di Bilik B8.Ahli-ahli persatuan berbincang tentang leadership day pada hari itu.
Guru penasihat telah memberitahu tentang aktiviti yang boleh dijalankan pada hari itu.Selepas itu,pengerusi telah memberi cadangan untuk menjual makanan.Kami membuat rancangan bagi aktiviti menjual makanan supaya dapat dijalan dengan lancar.Kami juga membahagikan kerja agar semua ahli terlibat dalam aktiviti ini.
Selepas itu,semua ahli telah bersurai pada 3 petang.
‘SEHATI SEJIWA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 5:40 pm | Comment (0)
5th July, 2017
Pertandingan Sahibba[Perjumpaan Ke-8 Sesi Pagi]
Pada 18 April,hari Selasa,Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan perjumpaan kali kelapan di Bilik B8.Aktiviti yang dijalankan pada hari itu adalah pertandingan sahibba.
Para peserta berkumpul di Bilik B8 sebelum pertandingan bermula.Pengerusi menerangkan peraturan-peraturan tentang pertandingan sahibba.Selepas itu,pertandingan dijalankan.Sebahagian ahli Persatauan BM telah menjadi pengadil untuk mengira markah.Selepas pertandingan,keputusan telah disenaraikan kepada guru penasihat.
Selepas itu,pengerusi telah mengumumkan keputusan kepada para peserta.Setelah Bilik B8 dikemaskan,semua ahli telah bersurai.
‘SEHATI SEJIWA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 5:28 pm | Comment (0)
5th July, 2017
Menulis nilam yang berformat baru[Perjumpaan Ke-7 Sesi Pagi]
Pada Mac 28,hari Selasa,Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan perjumpaan kali ketujuh di Bilik B8 dan perpustakaan.Aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah menulis nilam yang berformat baru.
Pertama sekali,guru penasihat telah menerangkan cara menulis nilam yang berformat baru di bilik B8.Semua ahli mendengar dengan teliti semasa guru menerangkan.Setelah memastikan semua ahli memahami tentang nilam yang berformat baru,kami pergi ke perpustakkan untuk menulis nilam.
Ahli-ahli menulis sekurang-kurangnya empat muka surat nilam yang berformat baru di bawah pengawasan guru penasihat.
Perjumpaan kali ini telah banyak memberikan banyak manfaat kepada ahli-ahli .Kemudian, kami telah bersurai pada pukul 3 petang.
‘SEHATI SEJIWA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 5:09 pm | Comment (0)
5th July, 2017
Pedagogi Bahasa Melayu [Perjumpaan Ke-8 Sesi Petang]
Pada 4 Julai 2017, iaitu hari Selesa, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan kali kelapan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan kali ini telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengasahkan tatabahasa. Soalan latih tubi tatabahasa telah disediakan oleh guru penasihat persatuan kami, iaitu Puan Nurul Izzati. Ahli persatuan telah berusaha untuk menjawab soalan tersebut.
Tujuan perjumpaan kali ini:
- Untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa pelajar-pelajar .
- Untuk membolehkan pelajar-pelajar memahami format soalan
Perjumpaan kali ini telah banyak memberikan manfaat kepada ahli-ahli persatuan.Kemudian, kami telah bersurai pada pukul 12.50 pm.
‘BAHASA JIWA BANGSA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 2:07 pm | Comment (0)