21st February, 2018
Senarai Ahli Jawatankuasa [Sesi Petang] Tahun 2018
Pengerusi :Wong Yi Ling (S4H)
Naib Pengerusi : Tan Hui Hui (S4B)
Setiausaha : Tan Yenxin (S4A)
Bendahari :Yee Ling Ching(S4E)
AJK : Ong Yee Jia(K2C)
Loh Han Mei(K2G)
Posted at 11:05 pm | Comment (0)
21st February, 2018
Melukis dan Mereka Silang Kata,Penjodoh Bilangan,Peribahasa atau Gaya Bahasa (Perjumpaan Ke-4 Sesi Petang)
Pada 13 Feb 2018, iaitu hari Selesa, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan kali ketiga.Aktiviti yang dijalankan kali ini adalah melukis dan mereka silang kata,penjodoh bilangan,peribahasa atau gaya bahasa.
Guru penasihat,Puan Nurul Izzati membahagi ahli-ahli dalam beberapa kumpulan lalu memberikan sekeping kertas warna kepada setiap kumpulan.Ahli-ahli telan menunjukkan semangat dan minat yang tinggi dalam usaha mereka dan melukis silang kata.Selepas 1 jam setengah,guru penasihat mengumpul hasil perbuatan setiap kumpulan.Hasil perbuatan yang cantik telah mendapat pujian daripada guru penasihat dan diletak pada papan kenyataan.
Guru penasihat dan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli persatuan.Kemudian,ahli persatuan dan guru bersurai pada 12.50pm.
‘BAHASA JIWA BANGSA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 10:58 pm | Comment (0)
21st February, 2018
Permainan Bahasa (Perjumpaan Ke-3 Sesi Petang)
Pada 4 Feb 2018, iaitu hari Selesa, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan kali ketiga.Aktiviti yang dijalankan kali ini adalah permainan bahasa.
Permainan bahasa pertama ialah ‘Lukis dan Teka’.Pengerusi memberi penerangan tentang ‘Lukis dan Teka’ kepada setiap ahli lalu membahagikan ahli-ahli kepada dua kumpulan.Peserta diminta melukis perkataan atau ayat yang diberikan dan ahli yang lain perlu meneka.
Permainan yang seterusnya ialah ‘Lakon Peribahasa’.Ahli-ahli dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan berdiri di hadapan lalu berlakon peribahasa secara bergilir-giliran.Ahli-ahli lain menunjukkan semangat dan minat yang tinggi sepanjang permainan dijalankan,mereka aktif mencuba dan menjawab.
Masa hampir tamat,pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama ahli-ahli persatuan.
‘BAHASA JIWA BANGSA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 10:00 pm | Comment (0)
21st February, 2018
Gotong-royong Tahun 2018 (Perjumpaan Ke-2 Sesi Petang)
Pada 23 Jan 2018, iaitu hari Selesa, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan perjumpaan kali kedua.Pengerusi telah memberi penerang secara ringkas tentang aktiviti yang dijalankan iaitu gotong-royong.
Pengerusi yang berkempimpinan membahagikan tugas dengan adil.Setiap ahli diminta untuk melakukan kerja pembersihan masing-masing seperti menyapu lantai,mengelap papan hitam dan mengemop lantai.Semua ahli persatuan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyempurnakan tugas yang dimantahkan oleh pengerusi.
Kami juga menghiaskan papan kenyataan.Papan kenyataan yang dihiaskan dengan cantik itu telah mendapat pujian daripada guru.
Sehubungan dengan itu, aktiviti gotong-royong tersebut telah dijayakan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua anggota persatuan.
‘SEHATI SEJIWA’
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.
Posted at 9:58 pm | Comment (0)