14th April, 2019

Permainan Tradisional [ Perjumpaan Ke-9 Sesi Pagi ]

Pada 2 April 2019, hari Selasa, Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan perjumpaan kali kesembilan di Bilik B8. Aktiviti dijalankan pada hari ini adalah permainan tradisional.Sebahagian ahli persatuan telah menyediakan permainan tradisional yang disuruhkan cikgu seperti batu seremban, congkak, dan main lidi. Sebelum memulakan permainan ini, cikgu telah menerangkan tentang cara bermain permainan tradisional masing-masing.

Melalui kata-kata cikgu, batu seremban ini memerlukan fokus yang sangat tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk membaling dan menangkap semula batu yang dibaling itu manakala permainan congkak pula memerlukan pergerakan tangan, pergelangan tangan dan jari jemari tangan yang cekap untuk bermain. Selain itu, bermain lidi juga memerlukan teknik tertentu serta tahap fokus yang tinggi untuk mengambil lidi daripada timbunan lidi tanpa menggerakkan lidi-lidi lain.

Ahli-ahli persatuan telah mengenali dan mempelajari tentang permainan tradisional tesebut.Setelah perbincangan kumpulan, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Malaysia.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Posted at 7:20 pm | Comment (0)

14th April, 2019

Aktiviti Lakonan [ Perjumpaan Ke-8 Sesi Pagi ]

Persatuan Bahasa Melayu sesi pagi telah mengadakan perjumpaan yang kelapan pada 19 Mac 2019. Hari ini merupakan hari yang istimewa kerana telah mengadakan aktiviti lakonan yang dapat mencungkil bakat ahli-ahli.

Cikgu telah memberikan skrip kepada ahli persatuan untuk melakonkan drama yang diberikannya. Seterusnya, ahli dibahagikan kepada tiga kumpulan dan mula perbincangan mereka tentang peranan yang akan dimainkan. Setelah itu, cikgu memberikan kritikan kepada pelakon tentang perkara yang perlu dititikberatkan semasa melakonkan sesuatu drama. Melalui aktiviti ini, ahli persatuan dapat mengukuhkan persahabatan antara mereka dan juga menerapkan nilai bekerjasama.

Setelah perbincagan kumpulan, ahli-ahli persatuan pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.

“SEHATI SEJIWA” 

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Melayu.

SMJK Perempuan Cina Pulau Pinang.

Posted at 7:08 pm | Comment (0)

14th April, 2019

Latihan Peribahasa [ Perjumpaan Ke-7 Sesi Pagi ]

Pada 12 Mac 2019, hari Selasa, Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan perjumpaan kali keempat di Bilik B8. Aktiviti dijalankan pada hari ini adalah latihan peribahasa.

Cikgu telah memberikan latihan peribahasa kepada ahli persatuan untuk dilakukan. Setelah itu, cikgu menerangkan latihan tersebut dan menyuruh semua ahli untuk menyiapkannya. Seterusnya, cikgu juga membincangkan maksud dan penggunaannya dengan teliti kepada ahli persatuan.

Setelah perbincangan kumpulan, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.

“SEHATI SEJIWA”

Khas daripada,

Persatuan Bahasa Malaysia.

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Posted at 6:50 pm | Comment (0)